Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menegaskan mereka tidak akan memberhentikan proses naturalisasi pemain pertahanan berpengalaman, Jordi Amat kecuali permintaan itu datang daripada ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong.
Kelmarin, pemain kelahiran Sepanyol itu disahkan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini namun perkembangan itu tidak disukai oleh sebahagian besar penyokong Indonesia.
Jordi dilaporkan akan menyarung jersi Harimau Selatan sebaik sahaja proses dokumentasi bagi mengesahkan taraf kerakyatannya sebagai Warga Negara Indonesia (WNI) sudah selesai.
Di media sosial, ramai peminat bola sepak dari negara seberang melakukan protes dan menuntut agar proses naturalisasi Jordi Amat dibatalkan sahaja. Antara alasan mereka ialah mahu pemain tersebut meneruskan karier bola sepak di Eropah bukan kekal di liga negara Asia Tenggara.
Ini kerana bermain di peringkat tertinggi di eropah akan membantu Jordi Amat meningkatkan kualiti skuad kebangsaan Indonesia sekaligus membantu pasukan tersebut bersaing di peringkat antarabangsa.
Penyokong Indonesia Kecewa Jordi Amat Pilih Sertai JDThttps://t.co/3BLnhpKNEC
— VOCKET FC (@vocketfc) June 28, 2022
Mengulas mengenai tuntutan penyokong untuk pembatalan proses naturalisasi tersebut, Exco PSSI, Hasani Abdulgani menjelaskan PSSI hanya bergantung pada arahan Shin Tae-yong bukan desakan daripada orang ramai.
“Kami menguruskan proses naturalisasi itu kerana ada permintaan daripada coach Shin Tae-yong. Jadi kalau coach Shin Tae-yong tidak mahu khidmat pemain itu dan harus dihentikan, kami akan segera hentikan proses Jordi Amat.
“Tapi, sampai hari ini, Shin Tae-yong tidak ‘complain’ masalah itu, Jadi, kalau netizen tidak sepakat, saya tidak mahu masuk campur kerana itu hak peminat. Kesimpulannya, kami bertindak berdasarkan permintaan daripada ketua jurulatih,” katanya seperti dipetik dalam VOCKET FC INDONESIA.
Ada juga yang menyokong penghijrahan Jordi Amat ke Liga Malaysia kerana berpeluang beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL). Ini kerana Liga Malaysia bakal mendapat 2 slot automatik ke ACL 2023 berdasarkan kedudukan terkini ranking MA berbanding Indonesia yang hanya mempunyai slot play-off ACL.
ACL adalah pentas saingan peringkat kelab yang tertinggi di Asia dan tidak ramai pemain Indonesia mendapat peluang beraksi di peringkat tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Australia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Asia Dengan Syarat AFC Anjak Ke Tahun 2024
ACL 2022: Aksi JDT Menentang Urawa Red Diamonds Akan Berlangsung Di Stadium Saitama
Korea Selatan Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah Piala Asia 2023