Selepas Korea Selatan, giliran Australia pula menyatakan minat untuk membida hak penganjuran Piala Asia 2023 bagi menggantikan tempat China yang menarik diri kerana peningkatan wabak COVID-19.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebelum ini berkata mana-mana pihak yang berminat mesti menghantar bidaan rasmi mereka sebelum 30 Jun ini.
“Kami sedang mengadakan perbincangan dengan AFC dan kerajaan secara selari sambil menentukan proses dan minat kami,” kata jurucakap Bola Sepak Australia.
Bagaimanapun, kerajaan Australia enggan mengulas sama ada ia menyokong bidaan tersebut kerana jadual penganjuran sukan di negara itu cukup penuh.
“Keputusan untuk membida …. terletak dengan Persatuan Bola Sepak Australia, sebagai organisasi sukan kebangsaan yang berkaitan,” kata menteri sukan persekutuan Anika Wells dalam satu kenyataan.
#NSTsports #Australia is weighing up a bid to host the #2023AsianCup following #China's decision to relinquish its rights to the tournament, #Football Australia said.https://t.co/OW9KfKCLOH#AsianCup2023 #Socceroos #coronavirus #covid19
— New Straits Times (@NST_Online) June 21, 2022
Para pemerhati bola sepak Asia menyifatkan Australia mungkin tidak akan dipilih sebagai tuan rumah Piala Asia 2023 kerana mereka turut menganjurkan Piala Dunia Wanita 2023 bersama New Zealand yang akan bermula pada 20 Julai.
Minat negara tersebut bergantung kepada kesudian AFC untuk mengubah tarikh asal Piala Asia 2023 ke tahun 2024 kerana bertembung dengan Piala Dunia Wanita selain permintaan tinggi terhadap penggunaan stadium pada musim sejuk.
Namun begitu, ia tidak mungkin akan berlaku kerana AFC tetap mengekalkan tarikh asal kejohanan Piala Asia 2023 iaitu pada 16 Jun hingga 16 Julai 2023.
FFA is considering a last minute bid to host next year's Men's Asian Cup in Australia according to Reuters. FFA have until June 30 to submit their bid.
AFC will prefer to keep it in the summer of 2023, so Qatar has only an outside chance of succeeding?https://t.co/cMJ9WQzwas
— Kevin Pollard (@football_roos) June 22, 2022
Situasi itu bermakna Korea Selatan dan Jepun mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih sebagai tuan rumah Piala Asia 2023. Selain itu, kedua-dua negara ini ada kelebihan dari segi fasiliti dan berpengalaman menganjurkan acara bola sepak bertaraf dunia.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John dalam satu kenyataan di Berita Harian semalam berkata badan induk itu masih berahsia mengenai jumlah negara yang sudahpun mengemukakan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.
Beliau juga mengesahkan tuan rumah Piala Asia 2023 akan diumumkan secara rasmi pada bulan Oktober 2022.
“Keputusannya dijangka diketahui pada 17 Oktober nanti. Bagi undian pula, belum ada tarikh tetapi kebiasaannya akan dilakukan lima atau enam bulan sebelum pertandingan. Kita tidak boleh berkongsi apa-apa maklumat lanjut buat masa ini jadi tunggu sehingga 30 Jun nanti,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
Pemain Harimau Malaya Bakal Terima Imbuhan Daripada Kerajaan
Menteri Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Harimau Malaya Hilang Fokus
Kim Pan-gon Ucap Terima Kasih Kepada TMJ Kerana Menyalur 15 Pemain JDT Untuk Harimau Malaya
Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama