Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) mengejutkan peminat bola sepak tempatan hari ini apabila mereka menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir Piala AFF B-19 yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi.
Kemenangan yang nyata cukup sukar untuk diraih anak buah Hassan Sazali Waras itu menyaksikan skuad muda negara mara ke pentas final buat edisi ketiga berturut-turut.
Malah, penyokong Indonesia turut tumpang gembira dan berpuas hati dapat melihat Vietnam tersingkir daripada kejohanan tersebut. Kebanyakannya masih berdendam dengan tindakan pasukan itu tidak amalkan ‘fair play’ ketika aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Thailand.
Keputusan seri 1-1 diantara Thailand menentang Vietnam dalam perlawanan terakhir kumpulan A kelmarin telah menjadi penyebab utama pasukan Garuda Muda itu tersingkir melalui peraturan ‘Head to Head’ sekaligus mengundang rasa kecewa dalam kalangan penyokong negara itu.
Mereka menganggap kekalahan skuad Vietnam itu merupakan ‘hukum karma’ kerana bermain tidak adil serta dilihat sengaja berpakat dengan Thailand untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.
Kena karma kah tim Vietnam? 😂Pesan moralnya. Gak usah jemawa saat di atas angin. Jgn anggap remeh lawan dan bertandinglah scr sportif dan junjung fairplay #AFFU19 #AFFU19YouthChampionship https://t.co/ylVCE0l41w
— fik | m.taufik b.w (@kataufikwijaya) July 13, 2022
Akibat latihan pasing bersama Thailand, Vietnam kena bantai Malaysia. pic.twitter.com/RiHBdYdpDm
— arvian (@masarvian) July 13, 2022
Akibat bermain tak fair play di grup, semifinal pun kalah wkwkwk https://t.co/i16ira4rvr
— Jejak Novrian (@novrian_haqiki) July 13, 2022
Baru kali ini seneng Malaysia menang 👏👏 https://t.co/1Nr4K84biF
— Farhan Alvfarizssy (@farhanalv) July 13, 2022
Maaf nih tapi numpang ketawa wkwkwkwkwk https://t.co/X3Muda4cay
— risma.♡ (@dayxriss) July 13, 2022
Berdepan lawan yang memiliki kemahiran individu berkualiti, barisan pemain negara mempamerkan kekentalan ketika aspek bertahan dan dilihat bergantung harap kepada serangan balas pantas.
Taktikal tersebut ternyata membuahkan hasil apabila Malaysia memperolehi 3 gol melalui Adam Farhan Mohd Faizal (Minit 26), Haiqal Haqeemi Hairi (Minit 70) dan Haykal Danish Haizon (Minit 87).
Menanti skuad muda negara di final Piala AFF B-19 nanti ialah pemenang antara Thailand dan Laos yang akan beraksi pada pukul 9.00 malam ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Jumlah Pengikut Facebook Pau FC Naik Mendadak Selepas Quang Hai Diumumkan Sebagai Pemain
Australia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Asia Dengan Syarat AFC Anjak Ke Tahun 2024
ACL 2022: Aksi JDT Menentang Urawa Red Diamonds Akan Berlangsung Di Stadium Saitama