Bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Khalid Jamlus telah melakukan lelongan kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 pada harga RM10,500 semalam melalui bidaan di LIVE Facebook.

Sekitar 1,000 orang menyertai sesi LIVE tersebut dan pelbagai barangan peribadi Khalid Jamlus seperti poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang karier beliau telah dibuka untuk bidaan semalam.

Kasut emas sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu dianugerahkan kepada Khalid Jamlus selepas berjaya membawa Perak muncul sebagai juara dan beliau merekodkan 17 gol liga pada musim itu.

KJ
Gambar ini diambil ketika Khalid Jamlus menanti dengan penuh harapan bidaan pada saat akhir kasut emas musim 2002 miliknya.

kj2

Beberapa lagi barangan lain seperti jersi Eintrach Frankfurt juga berjaya dibida oleh peminat selain medal kejuaraan yang pernah diraih ketika berada dalam zaman kegemilangannya.

kj1
TM Liga Super 2007 Man of the match ketika perlawanan Sarawak bertemu Perak, diberikan sebagai free-gift kepada pemenang bidaan kasut emas.

Mungkin ramai bertanyakan mengapa Khalid Jamlus ‘tolak’ barang yang memiliki sentimental value seperti ini namun berdasarkan penjelasan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai job dan mungkin faktor kewangan serta survival menjadi punca utama.

106248116_10223234398956345_4840041202564107999_n
Medal kejuaraan Liga Premier 1, Piala FA serta Piala Sumbangsih diantara medal yang turut dijual oleh Khalis Jamlus.

Selain itu beliau juga ada berkongsi bagaimana dia menolak tawaran dari pasukan Kedah dengan gaji sekitar RM12,000 sebulan hampir 20 tahun yang lalu untuk terus setia bersama pasukan Perak.

Bagaimanapun, dia tidak mahu dikecam atas tindakan ini kerana baginya situasi semasa mungkin amat sukar untuknya dan ini adalah hak dirinya untuk meneruskan survival dalam situasi dunia yang tidak menentu.

Gambar dibawah adalah penjelasan dari beliau sendiri mengenai sebab mengapa simbol kejayaan yang dicapai selama karier dalam bola sepak ‘dilepaskan’.

107379811_759442421498614_146104878264507489_o

Semoga Khalid Jamlus dimurahkan rezeki dan akan menerima peluang dalam bidang bola sepak lagi selepas ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

Khalid Jamlus Rungkai Misteri Pilih Jersi No.25, Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi Dan Gaji RM7,000

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM