Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus nyata berang dengan tindakan pemilik kelab, Impact Media & Communication (IMC) dan meminta agar mereka lebih menghormati para pemain.
Baru-baru ini, Khalid memuat naik status di laman Instagram Story miliknya dimana beliau menganggap gurauan salah seorang daripada pihak pengurusan terhadap pemain dianggap melampau dan tidak menghormati pemain.
“Hello bro, kamu adalah boss mereka. Tapi kamu jumpa pemain di kedai makan, lepas tu kamu cakap kepada pemain, haa ada duit untuk mereka makan. Apa punya manusia kamu ni?
“Mereka bermain untuk kamu dan kamu tidak membayar gaji mereka. Ayat kamu dah macam caci maki dan hina pemain. Bukannya kamu patut beri mereka duit?
“Cerdik sikit jangan hina pemain-pemain tu. Anda dah melampau!,” tulis Khalid Jamlus menerusi laman Instagram Story miliknya.
Peminat Perak menggesa agar IMC segera melepaskan pasukan kepada pemilik baharu sedia ada agar mereka boleh menguruskan kelab dengan lebih teratur dan pemain serta pegawai segera menerima gaji yang sehingga saat ini mereka belum terima.
Kenyataan Media PERAK FC
⚪️🟡⚫️#PerakFC pic.twitter.com/zHFG1BbSoj
— Perak Football Club (@perakfcofficial) April 21, 2022
Menurut Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir, selepas meneliti dan menperhalusi permohonan Perak pada 18 April 2022, pihak Jawatankusa FIB memberikan ruang untuk pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan segala proses rundingan bersama pemilik baharu sehingga 29 April 2022.
“Pihak Jawatankuasa FIB membuat keputusan untuk memberikan ruang masa kepada Perak FC kerana kami berharap dengan penyelesaian proses rundingan berkenaan akan dapat memberi satu sinar baharu kepada kebajikan pemain dan pegawai Perak.
“Bagaimanapun sekiranya Perak masih gagal menyelesaikan urusan berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan maka pihak Jawatankuasa FIB akan mengambil tindakan lanjut serta membawa perkara ini ke pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya.
Perak yang diwakili oleh IMC telah bertemu dengan wakil daripada JR Resources pada minggu kalu untuk meneruskan urusan penjualan kelab tersebut.
Bagaimanapun, JR hanya diwakili oleh peguam dan pembantu mereka, tanpa kehadiran pengarah syarikat tersebut. Oleh itu, kedua-dua pihak sepakat untuk bertemu pada minggu hadapan bagi melengkapkan proses menandatangani perjanjian pengambilalihan Perak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Tindakan MFL Pinda Jadual Cetus Kemarahan Penyokong, Duit Hotel Dan Tiket Kapal Terbang Hangus!
Lanjutan Tempoh Buat Yusri Lega, Mahu Pengurusan Perak Cepat Bertindak