Bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus sedang menjadi bahan perbincangan peminat bola sepak tanah air ekoran situasi kewangan yang dihadapi oleh pemain itu.
Baru-baru ini, Khalid menegaskan beliau mahu menjadi ketua jurulatih namun beliau mahu terus menggalas tugas bersama pasukan negeri atau kebangsaan. Perkara ini nyata menimbulkan perdebatan dimana ada pihak yang menyarankan Khalid untuk bermula dengan bola sepak di peringkat akar umbi.
Vocket FC baru-baru menemubual Shazwan Wong, seorang General Manager salah satu akademi terkenal di Lembah Klang, Little League Soccer.
“Saya berpendapat jika mahu menjadi jurulatih, ada langkah yang perlu diambil. Tidak semua pemain yang pernah beraksi di peringkat profesional boleh menjadi jurulatih.
“Walaupun mempunyai lesen dan sebagainya, tetapi persediaan untuk membawa pasukan itu berbeza. Kita kena terlibat secara langsung, setiap hari baru kita boleh tahu selok-belok membawa pasukan senior.
“Membawa pasukan senior merupakan tekanan yang besar kerana ia bergantung kepada keputusan. Jika serba tidak kena, maka jurulatih yang akan dipertanggungjawabkan. Jadi persediaan terbaik adalah bermula dari bawah contohnya bersama pasukan junior. Ada ramai jurulatih yang bermula dari bawah,” katanya.
Tambah Shazwan, mana-mana individu yang mahu menjadi jurulatih perlu mempunyai passion kerana tidak semua orang mampu untuk menjalankan tugas.
“Menjadi jurulatih perlu ada passion kerana tidak semua mampu untuk menjadi jurulatih. Tambah lagi pengorbanan serta masa kerana kita tidak bekerja seperti orang biasa.
“Penting untuk terlibat dalam day to day operation kerana kadangkala apa yang kita belajar semasa kursus, berbeza dengan ketika berlatih di padang. Kita perlu bijak untuk membuat penyesuaian,” tambahnya.
Shazwan turut merasakan pengalaman yang dimiliki oleh Khalid boleh dimanfaatkan untuk mengendalikan pasukan B-13 atau B-14 tahun.
“Dengan pengalaman yang dimiliki Khalid, rugi kalau pakai beliau bagi mengendalikan pemain B-12 tahun. Beliau boleh mengendalikan pemain yang berada di peringkat elit.
Baca artikel lain mengenai situasi Khalid Jamlus di sini:
Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook
Steve Darby: Khalid Jamlus Seorang Yang Jujur, Bekerja Keras Dan Kelakar