Kyle Walker telah mengadakan satu pesta seks ketika tempoh kuarantin koronavirus.
Perbuatan beliau itu mengundang amarah daripada ramai pihak. Bukan sahaja kelakuan itu liar untuk seorang pemain bola sepak, malah ianya turut melanggar perintah kuarantin.
Walker telah memesan 2 orang gadis pengiring dan rakan-rakannya untuk berpesta di rumahnya.
Ia adalah satu kesalahan ketika kuarantin di UK. Di mana mereka sudah diisytihar lockdown sejak 24 Mac yang lalu.
Di UK, setiap orang perlu mengemukakan alasan yang kukuh untuk keluar dari rumah.
Malang sekali Kyle Walker telah melanggar peraturan itu, dan beliau merupakan salah seorang role model bagi ramai orang muda.
Salah seorang daripada gadis pengiring tersebut telah menjual cerita itu kepada akhbar tabloid The Sun dan memberikan mereka gambar sebagai bukti.
Waker dilaporkan membayar £2,200 kepada setiap seorang gadis pengiring tersebut ataupun sekitar RM11,811.00.
Walker yang dikritik teruk di media sosial telah meminta maaf secara terbuka.
Walker berkata: “Saya nak meminta maaf di atas apa yang saya buat minggu lalu.”
“Saya sedar, saya sebagai pemain bola sepak, saya adalah seorang role model yang ada tanggungjawab tertentu kepada masyarakat.”
Majikan Walker iaitu Manchester City menegaskan mereka sangat kecewa dan sedih dengan salah laku pemain tersebut.
Kelab sudah menjalankan siasatan dalaman dan berjanji Walker akan dikenakan tindakan berat.
Manchester City to investigate Kyle Walker over sex party during lockdown. Story: @JacobSteinberg https://t.co/qAaZmIzynw
— Guardian sport (@guardian_sport) April 5, 2020
Manchester City menegaskan, mereka tidak pernah ambil kisah soal kehidupan peribadi pemain bola sepak.
Cuma untuk kali ini, ianya berkaitan dengan salah laku ketika lockdown.
Jurucakap Man City berkata: “Man City mendapat tahu perkara ini menerusi akhbar tabloid berkenaan dengan kisah peribadinya.”
“Namun apa yang berlaku, ianya ada kaitan dengan perlanggaran peraturan lockdown di UK berkaitan dengan social distancing.”
“Pemain bola sepak adalah role model global dan staf kami serta para pemain-pemain kami sudah melakukan kerja luar biasa bagi menolong petugas perubatan [NHS] serta staf staf penting yang lain dalam usaha melawan impak daripada Covid-19, semampu yang kami boleh.”
“Tindakan Kyle Walker ini tidak langsung mewakili usaha kami. Kami sangat kecewa dengan pertuduhan ini, dan kami sudah menerima permohonan maaf daripada Kyle – dan kami akan melancarkan siasatan serta hukuman.”