Pemain pertahanan pasukan negara, Matthew Davies menyifatkan Safawi Rasid sebagai pemain terbaik yang pernah dihadapi beliau sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Matthew berkata demikian ketika diajukan soalan oleh peminat mengenai pemain terbaik yang pernah dihadapi oleh beliau, sama ada pemain tempatan atau luar negara di laman media sosial Instagram miliknya.
Turut menjadi pilihan Matthew ialah pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali, Alessandro Del Piero ketika keduanya beraksi dalam saingan A-League.
Matthew pernah beraksi bersama Perth Glory manakala Del Piero pula beraksi bersama Sydney FC setelah meninggalkan Juventus pada 2012 lalu.
“Pemain tempatan Safawi Rasid namun saya belum berdepan dengan rakan baik saya iaitu Mohamadou Sumareh. Jika pemain luar negara, saya memilih Alessandro Del Piero meskipun beliau sudah berusia 35 tahun ketika saya berhadapan dengannya.
Pada masa yang sama, bekas ketua pasukan Pahang ini memilih stadium baharu JDT, Stadium Sultan Ibrahim sebagai stadium terbaik yang pernah beliau jejaki.
Matthew Davies berkata demikian meskipun pernah beraksi di pelbagai stadium ketika di Australia dan juga ketika bersama pasukan kebangsaan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Aidil Zafuan Tegaskan Belum Ada Penyerang Miliki Kualiti Seperti Khalid Jamlus
FAS Laksanakan Penstrukturan Semula Gaji Pemain Dan Pegawai Pasukan