Cerita mengenai Sumareh sudah pun mula mendapat perhatian dari negara jiran, apabila beberapa khabar angin di media sosial Thailand mula memainkan kisah Sumareh bakal berkelana dalam saingan Thai League 1.
Ketika kontrak Sumareh bersama pasukan Pahang FA dikatakan sudah terbatal selepas klausa 8.7 menjadi aktif, perpindahan domestik tidak mungkin berlaku kerana jendela sudah tertutup, dan tidak mungkin pemain seperti beliau mahu ‘duduk saja’ sehingga musim depan.
Berdasarkan kemaskini dari Thai League, saingan liga mereka akan bersambung pada bulan ini dan apa yang lebih menarik adalah jendela perpindahan masih terbuka sehingga 7 September 2020.
Ini bermakna sekiranya Sumareh mahu beraksi secara kompetitif – (baca: sudah tidak mahu beraksi dengan Pahang dan jendela perpindahan Liga Malaysia tertutup), Thailand dilihat sebagai destinasi paling berpotensi untuk beliau.
Sebuah media sosial dari Thailand yang dikenali sebagai BuakSib Ball Thai mendedahkan satu ‘khabar’ dimana Police Tero FC dikatakan mahu membawa masuk Sumareh sebelum jendela perpindahan liga itu ditutup kira-kira 1 minggu lagi.
Perkara ini juga nampaknya sudah dinyatakan oleh page rasmi Police Tero dimana kemaskini sekitar 4 hari yang lalu walau ianya berkias;
Pemain baru? Pemain baru pasukan pernah menjaringkan gol ketika bertemu Thailand.
Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Sumareh bakal menyertai rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Malaysia Dominic Tan yang sudah beraksi bersama Police Tero FC selama 2 musim.
Kemaskini: Bekas staf Thailand FA telah memberikan pengesahan bahawa Sumareh sah menyertai kelab Police Tero FC melalui akaun Twitter sebentar tadi.
CONFIRMED Malaysian ⭐️ Mohamadou Sumareh joins Police Tero. Another ASEAN talent in the @thaileague 🤩
📸 Everything Thai Football pic.twitter.com/Bi4UAdWTSP
— Ta Lao (@talao_) September 1, 2020
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?
Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League
KAFA Adakan Mesyuarat Tergempar, ZamSaham Terbang Ke Kota Bharu Pagi Ini Muktamadkan ‘Deal’?