Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama penasihat undang-undang mereka bagi mencari kata sepakat berhubung pengambilalihan oleh ZamSaham.
Mesyuarat yang tamat kira-kira jam 12 tengah malam tadi dilihat telah mencapai satu persetujuan dan perbincangan akhir bersama ZamSaham akan berlangsung pada pagi ini.
Berita positif mengenai perkara ini juga disokong oleh kemaskini yang dibuat oleh ZamSaham atau nama sebenarnya Norizam Tukiman dimana beliau telah memuatnaik sekeping gambar tiket penerbangan ke Kota Bharu hari ini.
Wujud juga ura-ura yang mengatakan bahawa kemungkinan Kelantan FC akan cuba melakukan perkara yang sama seperti Bali United dengan memperkenalkan Initial public offering atau lebih dikenali sebagai IPO yang membolehkan orang awam membeli saham pasukan.
Tetapi perkara itu masih terlalu awal dan sekiranya deal diantara KAFA dan ZamSaham berjaya dimuktamadkan dengan positif, mungkin beliau sendiri akan memberikan beberapa gambaran yang lebih jelas mengenai pelan serta strategi beliau untuk memacu pasukan Kelantan FC nanti.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?
Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League