Aksi kurang meyakinkan Kelantan dalam saingan Liga Super 2023 selepas enam perlawanan menyebabkan Choi Moon-sik menjadi mangsa pertama apabila beliau direhatkan daripada tugasan ketua jurulatih.

Baca Juga:

Keadaan tersebut turut menyaksikan ejen kepada jurulatih berusia 52 tahun itu mendedahkan segala kepincangan dihadapi Choi sepanjang bersama pasukan sehingga mengheret Kelantan ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Antara isu yang diketengahkan oleh ejen tersebut ialah berkenaan pemilihan pemain dibuat tanpa rundingan bersama Choi serta tunggakan gaji sudah memasuki dua bulan.

Susulan dengan itu, para peminat bola sepak Kelantan sudah pastinya mahukan penjelasan daripada pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau lebih mesra dengan panggilan Zamsaham.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Zamsaham tampil memberikan pencerahan berhubung isu yang melanda pasukan pada ketika ini di laman Facebook peribadi miliknya.

“Ya benar, saya buat keputusan merehatkan Choi selepas kekalahan berterusan dan kesukaran komunikasi antara pemain dan coaches selain tiada laporan prestasi dari ketua jurulatih.”

“Saya kena buat keputusan ini sebagaimana saya saya jadikan Rezal Zambery ‘caretaker’ ketika ketiadaan Marco Ragini dahulu.”

“Hampir kesemua pemain diperkenalkan oleh ejen, pengarah sukan atau dicadangkan oleh jurulatih pasukan kepada saya. Ada juga pemain yang mencadangkan pemain lain untuk bermain di TRW. Ketua jurulatih juga ada cadangkan beberapa pemain.”

“Kita mula berlatih pada 2 Januari 2023 dan ketua jurulatih sampai pada 12 Januari 2023. Dalam masa tujuh minggu adalah mencukupi. Di pra-musim kita telah berusaha mendapatkan lawan-lawan yang kuat seperti Buriram United , Kedah FC , Negeri Sembilan FC dan dua pasukan M3.”

“Ramai pemain-pemain yang kita uji dan panggil dari team Liga Super yang ketua jurulatih tak berkenan. Termasuk beberapa pemain import yang ketua jurulatih nak nilai sendiri.”

“Terdapat 3 orang pemain berkualiti di posisi No. 6 (posisi tengah bertahan) dalam senarai ini yang beliau tolak. Pemain import dari Korea juga atas pilihan ketua jurulatih sendiri. Tentang prestasi penyokong sendiri boleh nilai.”

“Tentang lineup pula , 100% saya serahkan kepada ketua jurulatih, tetapi ada masa saya akan minta untuk masukkan atau keluarkan pemain-pemain yg dirasakan perlu atas nasihat barisan kejurulatihan pasukan.

“Kalau selaku pemilik tetapi cadangan saya yg 1% ni tak boleh diterima, baik saya jangan jadi pemilik,” ujar Zamsaham.

“Saya juga tak mahu ketua jurulatih besar kepala sangat sehingga langsung tak mahu dengar pandangan dari teknikal, pengarah sukan dan barisan kejurulatihan pasukan yang lain.”

“Di Kelantan kita semua kena terbuka pada idea. Yang baik kita ambil, tiada salah pun. Matlamat saya adalah saya hanya mahu menang. Itu sahaja, mudah.”

“Berikan saya kemenangan dan saya takkan kacau. Saya ada banyak benda lain nak pikir. Tapi kalau dah kalah teruk takkan saya nak biarkan habis sehingga teruk.”

“Saya kena campurtangan sebab takda pemilik nak kelabnya kalah dan lauk terus. Semua ada tertulis dan kontrak sebelum pegang jawatan ketua jurulatih.”

“Ketua jurulatih datang dan pergi. Bila menang dia claim semua kejayaan. Bila masalah, senang sahaja, angkat kaki. Macam biasa saya juga yg hadap bila ada masalah dan isu besar.”

Selain itu, Zamsaham turut menafikan bahawa terdapat tunggakan gaji dalam kem Kelantan pada ketika ini seperti dinyatakan oleh ejen tersebut serta turut menjawab isu perjalanan jauh menaiki bas.

“Ya, semua pemain dapat gaji setiap bulan. Cuma selama tiga tahun ini saya jadi pemilik, faham sahajalah ada masa gaji masuk lambat seminggu-dua. Tapi kalau ada kata berbulan-bulan tak dapat gaji itu adalah fitnah!”

“Alhamdulillah, semua pemain ada akses kepada saya. Mereka boleh menghubungi saya bila-bila masa dan ramai sahaja yang pinjam duit saya bila mereka terdesak seperti kereta rosak atau nak pakai keperluan keluarga.”

“Saya bantu dan ambik berat. Kelab Kelantan bukan kelab mewah tapi kita ambik tahu dan ambik berat semua keperluan.”

Saya cakap kat ketua jurulatih apa masalah naik bus? Kalau ketua jurulatih boleh bagi jaminan menang dengan menaiki pesawat tentu sahaja saya akan naikkan semua pemain dengan pesawat.”

“Lebih cepat cuma kos sahaja tinggi. Tetapi kita ada dapat tajaan bas. Pakailah kenapa nak membazir.”

 

Sumber