Bekas pemain pertahanan kelab Serie A, AS Roma iaitu Christian Panucci dilaporkan bakal dilantik sebagai pengendali TRW Kelantan FC yang baharu.
Perkara ini dikongsikan oleh salah satu pengguna Twitter yang selalu membawa perkembangan mengenai pasukan Kelantan, @TwtBolaKelate dimana mereka menjelaskan maksud di sebalik laman media sosial rasmi Facebook pasukan yang memuat naik gambar Paolo Maldini dan Fancesco Totti baru-baru ini.
Bagi yang tertanya tanya kenapa Maldini & Totti di-dinding laman muka buku Kelantan FC. Ini kerana, Christian Panucci (Defend) bakal bersama #Trw2021. Beliau akan mengisi kekosongan kerusi panas Ketua Jurulatih pasukan merah putih. #Rumours #LigaPremier2021 pic.twitter.com/1yp6l03PUn
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) January 9, 2021
Kelantan sebelum ini berlatih tanpa kelibat ketua jurulatih apabila pengendali sebelum ini, Yusri Che Lah memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan menyertai skuad Pojek FAM-MSN bagi saingan musim 2021.
Panucci sendiri selain mempunyai pengalaman luas sebagai pemain dimana beliau juga pernah beraksi bersama Real Madrid, pengendali berusia 47 tahun ini pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan dan kelab di Itali.
Antara pasukan yang pernah dikendalikan oleh Christian Panucci ialah skuad kebangsaan Albania, dua kelab Itali iaitu Ternana dan Livorno selain pernah menjadi pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Rusia.
Kelantan kehilangan sebahagian besar pemain utama pada musim 2020 bagi menghadapi cabaran pada musim hadapan.
Kelab yang dimiliki oleh Norizam Tukiman itu bakal menggunakan khidmat pemain muda dari skuad Piala Presiden dan Belia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
87% Mata AFC MA Ranking Malaysia Disumbangkan Oleh Pasukan JDT Dalam 4 Musim Terkini
RASMI: Anumanthan Kumar Lengkapkan Kuota Pemain Import Skuad Kedah