Pasukan Kedah dikhabarkan semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan empat pemain bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, empat pemain yang dimaksudkan ialah dua pemain Selangor iaitu Syazwan Zainon dan Rodney Celvin serta pemain pertahanan Felda United, Ariff Farhan dan pemain tengah UiTM FC, Rabih Ataya.
Beberapa pemain dijangka melengkapkan perpindahan ke Kedah dalam masa terdekat antaranya Syazwan Zainon, Ariff Farhan Md Isa, Rodney Celvin dan Rabih Ataya.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 16, 2020
Syazwan dan Ariff merupakan bekas pemain Kedah dimana kedua-dua pemain meninggalkan pasukan itu pada 2019 lalu dimana Syazwan menyertai Selangor manakala Ariff menyertai PKNS FC dan kemudiannya Felda United pada 2020.
Kemasukan empat pemain ini dilihat sebagai langkah Kedah untuk mengukuhkan pasukan kerana mereka akan beraksi di pentas Asia iaitu Piala AFC pada musim hadapan.
Selain semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan empat pemain di atas, skuad bimbingan Aidil Sharin itu turut dikhabarkan bakal mengekalkan trio pemain import bagi saingan musim 2021.
Tiga pemain import tersebut ialah duo serangan, Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan pemain pertahanan, Renan Alves.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
RASMI: FAS Umum Karsten Neitzel Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Skuad Gergasi Merah!
Lee Tuck Dan Sanjar Shaakhmedov Bakal Tinggalkan Terengganu?