Kelab Bola Sepak Petaling Jaya (PJ City) menjadi pasukan pertama Liga Super merekodkan kes COVID-19 apabila 6 pemain dan tiga jurulatih disahkan positif dua minggu lalu.

Bagaimanapun, 7 daripadanya sudah pulih sepenuhnya manakala seorang lagi masih menjalani proses kuarantin.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PJ City, S. Ganesh menerusi satu kenyataan dalam New Straits Times hari ini.

“Kami ada beberapa pemain yang disahkan positif pada akhir bulan Disember lalu. Kami tidak pasti bagaimana mereka boleh dijangkiti COVID-19. Setakat ini, kami masih belum dapat mengenal pasti sumbernya.

“Seorang pemain masih menjalani proses kuarantin sementara yang lain disahkan negatif selepas ujian kedua.

“Kami telah memaklumkan perkara ini kepada Malaysia Football League (MFL) dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Namun, kami tidak boleh mendedahkan identiti mereka yang dijangkiti COVID-19.

“Semuanya baik-baik sekarang. Pasukan ini merancang untuk bermain beberapa perlawanan persahabatan,” kata Ganesh.

70807154_754638291636150_1695049357792903168_o
FOTO: PJ City

PJ City juga merupakan pasukan kedua Liga Malaysia yang mencatat kes positif COVID-19 selepas kelab Liga Premier, Kuching City pada musim lepas.

Situasi ini turut menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan para peminat bola sepak tempatan dan isu ini mungkin menjadi sensitif terhadap persekitaran bola sepak domestik apatah lagi musim baharu akan bermula tidak lama lagi.

Apapun, sama-sama kita doakan agar para pemain dan staf kejurulatihan semua pasukan Liga Malaysia dijauhi wabak pandemik itu dan saingan musim baharu dapat berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Stadium MBPJ Jadi Gelanggang Rasmi Selangor FC Selama 3 Tahun

Nasib JDT Dalam Saingan AFC Champions League Diketahui Pertengahan Bulan Ini

CEO KDA FC Nafi Bakal Dapatkan Khidmat Mohamadou Sumareh