Biarpun terpalit isu penangguhan perlawanan dengan pasukan Terengganu akibat kegagalan menyediakan venue perlawanan saingan CIMB Liga Malaysia 2020 beberapa hari yang lalu, PJ City FC dilaporkan telah menandatangani pemai baru dari Thailand, Anawin Jujeen.

Bekas pemain pertahanan kanan Buriram United itu, telah beberapa hari berada di Kuala Lumpur untuk melengkapkan perpindahannya ke PJ City FC, selepas pasukannya sebelum ini PTT Rayong dibubarkan.

Anawin Jujeen pernah sekurang-kurang beraksi 2 musim dalam kejohanan AFC Champions League ketika bersama pasukan Krung Thai Bank FC – musim 2008 dan juga bersama Buriram United pada musim 2013.

https://www.instagram.com/p/BQLKJrvBTUc/

Beliau juga turut berpengalaman berdepan dengan pasukan-pasukan gergasi kelab Asia seperti Jiangsu Suning, Vegalta Sendai, FC Seoul, Esteghlal serta Budyonkor dan mungkin pengalaman beliau dapat memantapkan pasukan PJ City FC musim ini.

Gambar dibawah telah dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter yang jelas menunjukkan Anawin Jujeen sedang menandatangani kontrak serta bergambar dengan memakai jersi PJ City FC yang persis Manchester City.

 

Beberapa hari lalu wartawan TheStar – T. Avineshwaran, memuat naik status mengatakan bahawa Annawin Jujeen akan menggantikan kuota Mark Hartmann yang dipinjamkan kepada pasukan UiTM FC.

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana status sebenar kerana pada 15 Mac 2020, MFL telah mengumumkan bahawa jendela pertama perpindahan pemain telah ditutup secara rasmi.

Mungkin sudah ada pencaturan serta perbincangan telah dilakukan oleh semua pihak bersama MFL untuk memastikan Anawin Jujeen dapat beraksi selepas ini atau mungkin kita akan dapat menyaksikan lagi isu-isu berkaitan bola sepak Malaysia yang menjadi persoalan para penyokong tempatan.

Sama-sama kita nantikan.

Kemaskini 3.20PM: MFL mengesahkan Anawin Jujeen sempat didaftarkan sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2020 ditutup pada 15 Mac 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Filipina Sah Naturalisasi Penjaring Terbanyak AFC Cup Dari Sepanyol Serta Bekas Penyerang UiTM FC Dari Senegal

Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza

6 Liga Bola Sepak ASEAN Ditunda, 2 Berlangsung Tanpa Penonton, Liga Kemboja Tenang Berjalan Seperti Biasa