Sekitar 2 minggu yang lalu, Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) mengesahkan bahawa mereka sudah menerima kelulusan 2 pemain naturalisasi baru dari Sepanyol dan Senegal.
Penyerang kelab Ceres Negros dalam saingan PFL, Bienvenido Maranon yang berasal dari Sepanyol serta Robert Lopez Mendy pada 3 Mac 2020 diberikan taraf kewarganegaraan Filipina melalui proses yang dijalan oleh Senator Miguel Zubiri, yang membolehkan kedua-dua pemain ini layak turun beraksi bersama skuad bola sepak kebangsaan Filipina.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah status yang dipegang oleh Bienvenido Maranon, dimana beliau merupakan pemegang rekod pemain paling banyak menjaringkan gol dalam saingan AFC Cup ketika ini.
Berdasarkan rekod, Bienvenido Maranon telah menjaringkan 35 gol sejak mula menyarung jersi pasukan Ceres Negros pada musim 2015, mengatasi pemegang rekod terdahulu dari Singapura iaitu Alexander Duric dan Amjad Radhi – 32 gol serta Mahmod Shelbaieh dengan jumlah 34 gol.
Robert Lopez Mendy pula sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan UiTM FC dalam saingan Liga Premier 2019, namun karier beliau bersama pasukan itu tidak lama kerana dilepaskan pada bulan Ogos 2019.
Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Premier Malaysia 2019, Robert Lopez Mendy pernah tersenarai sebagai salah seorang calon pemain terbaik bulan April 2019, namun tidak mendapat undian yang cukup untuk menerima anugerah itu.
Kehadiran 2 penyerang naturalisasi terbaru Filipina ini bakal menguatkan jentera serangan skuad kebangsaan mereka yang lebih 50% daripadanya beraksi dalam Thai League.
Sebelum ini, Malaysia dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan dari pihak PFF untuk mengadakan perlawanan persahabatan, namun masih tiada kepastian selepas isu COVID-19 yang semakin serius.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
AFC MA Ranking: Kini Filipina Pintas Tajikistan Pula Untuk Menghuni Tangga Ke-12 Asia
Keisuke Honda Lakar Sejarah, Jadi Pemain Pertama Cipta Jaringan Di 5 Benua Berbeza