Sejak acara bola sepak Sukan SEA bermula beberapa hari yang lalu, terlalu banyak perkara yang menjadi bualan setiap negara bertanding baik dari segi fasiliti, tempat tinggal dan juga logistik pasukan.
Sebagai contoh, pasukan Timor Leste terpaksa menunggu bas di lapangan terbang lebih dari 2.5 jam selain menghadapi masalah dihantar ke hotel penginapan yang salah semasa tiba di Filipina.
Pasukan Myanmar pula turut mengalami masalah yang lebih kurang sama, tetapi mungkin lebih teruk jika diperhatikan kepada keadaan bas yang datang menjemput mereka menuju ke hotel penginapan.
Pihak Myanmar telah membuat aduan mengenai perkara ini dimana pemain-pemain mereka tidak selesa dengan bas yang kecil yang menyebabkan semua pemain ‘sesak’ dalam perjalanan.
Pemilik Kelab Ceres Negros Tampil Beri Bantuan Bas
Pemilik kelab dalam saingan PFL, Ceres Negros dan Vallocar Transit tampil memberikan pertolongan kepada semua pasukan bertanding dalam acara bola sepak apabila menyediakan 17 buah untuk digunakan sepanjang berlangsungnya sukan bola sepak.
NOW FOR SOME GOOD NEWS! Newer, more comfortable buses made available for 17 football teams participating in the Southeast Asian Games courtesy of Vallacar Transit and @CeresNegrosFC owner Leo Rey Yanson who is helping out in coordination with the Philippine Football Federation. pic.twitter.com/KHbP1C32sM
— Cedelf P. Tupas (@cedelfpt3) November 26, 2019
Mungkin dengan bantuan ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada atlit-atlit yang bertanding terutama dalam acara bola sepak yang sedang berlangsung ketika ini.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Ini Keadaan Semasa Rizal Memorial Stadium, 7 Jam Sebelum Sepak Mula Acara Bola Sepak Sukan SEA 2019
Sukan SEA 2019: Malaysia, Myanmar Terpaksa Kongsi Mata Selepas Seri 1-1