Hasrat skuad bawah 22 tahun negara (B-22) untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertama acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 tidak menjadi kenyataan apabila mereka terikat 1-1 dengan Myanmar di Stadium Memorial Rizal sebentar tadi.

Beraksi di atas rumput tiruan ternyata memberi kesukaran kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mempamerkan corak permainan sebenar kerana kelajuan serta lantunan bola tidak sama seperti bermain atas rumput asli.

78579779_2525607907535958_6662535217254760448_o
FOTO: FAM

Dalam perlawanan itu, Myanmar terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui tandukan Kyaw Soe Moe pada minit ke 13 hasil sepakan sudut yang diambil oleh Hlaing Bo Bo.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia cuba bangkit mengatur gerakan tetapi Myanmar terus memberi tekanan kepada benteng pertahanan yang diketuai oleh Adam Nor Azlin dan nyaris menghukum kesilapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli.

10 minit kemudian, kem skuad negara kembali ceria apabila Hadi Fayyadh menyamakan kedudukan apabila memanfaatkan peluang terhidang dengan menanduk masuk bola hantaran Akhyar Rashid dari sebelah kiri.

Malah, Hadi Fayyadh juga berpeluang menjaringkan gol kedua tetapi tandukannya ada kalanya tersasar dan terkena palang. Selain itu, sepakan percuma Adam Nor Azlin juga hampir menghadiahkan jaringan kemenangan untuk negara tetapi bola rembatanya sekadar singgah tiang gol.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan waktu rehat selama tiga hari perlu dimanfaatkan oleh skuad Malaysia untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum dijadualkan bertemu tuan rumah, Filipina pada hari jumaat ini di venue yang sama.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan lain dalam saingan Sukan SEA 2019 melalui pautan dibawah.

Jawaban Indra Sjafri Ketika Ditanya Tim Terbaik Di SEA Games 2019

Kasihan Timor Leste, Terlantar Di Bandara, Lalu Diantarkan Ke Hotel Yang Salah

Laos Sertakan Pemain Usia 16 Tahun di SEA Games 2019