Penularan wabak COVID-19 ketika ini telah memaksa pelbagai acara sukan yang melibatkan orang ramai terpaksa ditangguhkan bagi mencegah virus ini merebak dengan lebih cepat lagi.
Berdasarkan kemaskini yang dibuat oleh laman sosial Instagram ASEAN Futbol, dari 11 buah liga bola sepak di ASEAN, 6 daripadanya sah telah ditunda ke satu tarikh lain iaitu;
- Brunei Super League
- Liga Indonesia
- Liga Super Malaysia
- Philipinnes Football League
- Thai League
- Vietnam League
Saingan Myanmar National League dan juga Singapore Premier League disahkan akan terus berjalan seperti biasa dengan penonton tidak dibenarkan masuk menyaksikan perlawanan di stadium.
2 buah liga iaitu Laos Premier League dan Liga Timor Leste masih belum bermula dan tiada maklumat berkenaan status perjalanan liga mereka setakat ini.
Ketika ini hanya saingan Metfone Cambodia League yang masih kekal berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang sekatan yang dikenakan kepada penonton atau orang awam disana.
Berdasarkan pemerhatian, sehingga artikel ini ditulus saingan Metfone Cambodian League tidak ada tanda-tanda untuk ditangguhkan atau beraksi di stadium tanpa kehadiran penonton.
Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan wabak COVID-19 di Kemboja ketika ini namun, sekiranya berada dalam keadaan serius pasti pihak penganjur liga akan melakukan keputusan yang sama seperti saingan liga-liga lain di ASEAN ketika ini.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
AFC MA Ranking: Kini Filipina Pintas Tajikistan Pula Untuk Menghuni Tangga Ke-12 Asia
Yayasan Presiden FA Thailand Agih Sumbangan 2 Juta Topeng Untuk Petugas Perubatan Dan Orang Awam