Skuad kebangsaan Singapura hanya mampu mencatat keputusan seri ketika menentang Solomon Islands dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Baca Juga:

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik, Singapura gagal mencatat kemenangan ke atas pasukan yang baru sahaja tewas kepada Malaysia pada aksi sebelumnya.

Solomon Islands tewas kepada Malaysia dengan keputusan 4-1 dan pasukan itu dilihat berjaya bangkit dengan mencatat keputusan seri pada perlawanan persahabatan kedua menentang Singapura.

Skuad The Lions sebelum ini turut mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Papua New Guinea dan keputusan ini nyata mencetuskan kritikan dari peminat pasukan itu.

Seterusnya, Papua New Guinea akan bertandang ke Kuala Terengganu bagi berdepan Malaysia pada 20 Jun ini.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon mencari kemenangan kedua bagi memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.