Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan Malaysia sejak kebelakangan ini nyata mengundang kurang senang beberapa pihak khususnya dari negara jiran iaitu Singapura.
Baca Juga:
- Kim Pan Gon Yakin Ranking Harimau Malaya Naik Lebih Tinggi Di Masa Depan
- Pemain China Ini Patah 7 Batang Gigi Selepas Bertembung Dengan Syahmi Safari
- Seri Dengan Malaysia, Penolong Jurulatih China Hampir Bergaduh Dengan Penyokong
Salah satu media dari negara itu yang bernama Failing At Soccer memuat naik gambar skuad kebangsaan dari tahun 2019 dan gambar terkini pasukan negara iaitu pada 2023 dan menggunakan caption 100 % Malaysian.
Media tersebut menyebutkan perbezaan pemain yang beraksi dalam skuad kebangsaan dimana pada 2019, ada 7 pemain tempatan, 3 pemain keturunan dan seorang pemain naturalisasi yang diturunkan dalam kesebelasan utama.
Manakala dalam skuad 2023 pula, hanya 3 pemain tempatan, 6 pemain keturunan serta dua pemain naturalisasi yang diturunkan dalam kesebelasan utama.
Sebelum ini, media sama turut memberikan komen buruk mengenai pasukan negara ketika Sergio Aguero, seorang pemain naturalisasi menjaringkan gol dalam perlawanan saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dimana pemain itu menjaringkan gol ketika Malaysia menewaskan Laos dengan keputusan 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Singapura dan Malaysia sememangnya menjadi musuh tradisi di pentas Asean dan ejekan mengenai 100% Malaysian ini berpunca daripada tindakan peminat Malaysia yang membuat perkara sama terhadap Singapura beberapa tahun lalu.
Ketika itu, negara di seberang tambak itu diwakili oleh beberapa pemain naturalisasi seperti Alexandre Duric, Daniel Bennet dan Qiu Li dan pernah menewaskan skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Dunia edisi 2014.
Apa yang pasti, tindakan ini dilihat sebagai salah satu kecemburuan negara jiran itu terhadap prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pasukan negara sejak dibawah bimbingan Kim Pan-gon.