Kelab Arab Saudi, Al Hilal disingkirkan daripada saingan AFC Champions League (ACL) selepas hanya menyenaraikan 11 pemain dalam matchday squad pada perlawanan menentang kelab dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al Ahli Dubai.
Al Hilal hanya menurunkan sembilan pemain dalam kesebelasan utama dengan dua penjaga gol disenaraikan sebagai pemain gantian. Perkara ini jelas melanggar peraturan dimana setiap pasukan perlu dibarisi minimun seramai 13 pemain bagi menghadapi satu perlawanan.
📋 #AlHilal’s squad who will face UAE’s “Shabab Al Ahli Dubai” at #ACL2020
#HILvSAH ⚽️
#AlHilal đź’™ pic.twitter.com/AmfcbVGaLU— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) September 23, 2020
Juara bertahan ACL itu berdepan masalah kekurangan pemain selepas 15 pemain positif dijangkiti Coronavirus (COVID-19) setelah ujian saringan dijalankan oleh pihak kelab sekaligus dilarang untuk menyertai pasukan.
Sebelum ini, Al Hilal dan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) telah memohon kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menangguhkan perlawanan tersebut kerana situasi yang dialami oleh kelan dianggap sebagai “keadaa luar biasa”.
Namun, AFC menolak permohonan tersebut dimana mereka menggunakan alasan penagguhan perlawanan akan memberikan impak besar terhadap jadual pertandingan yang sudahpun tertangguh ekoran pandemik COVID-19, jadi tiada penundaan diberikan.
📄 An Official Statement from #AlHilal Board of Directors Concerning the Team’s Situation at the AFC Champions League pic.twitter.com/5CfEQuyG7B
— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) September 23, 2020
Ahad lalu, Al Hilal berjaya mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman dimana mereka menyenaraikan 14 pemain pada aksi menentang kelab Iran, Shahr Khodro yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.
Memandangkan Al Ahli disingkirkan, ini bermakna kelab Uzbekistan, Pakhtakor Tashkent dan Shabab Al Ahli Dubai mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.
Baca artikel lain mengenai saingan AFC Champions League (ACL) 2020 di sini: