Seperti yang telah diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia pada 27 Julai 2020, Malaysia telah dipilih sebagai venue perlawanan kejohanan AFC Champions League 2020 untuk Zon Timur yang melibatkan perlawanan kumpulan G dan H yang akan berlangsung dari 17 Oktober hingga 1 November 2020.

Terkini, dari maklumat yang diterima sistem VAR telah dipasang dan sedang diuji oleh pihak berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan kelab paling elit di Asia itu.

Dalam sebuah gambar yang dikirimkan, menunjukkan bilik VAR yang mempunyai beberapa monitor memaparkan imej padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang sedang diuji.

118385118_299116537818914_5943073897278690044_n

Pihak AFC juga memberikan pengesahan bahawa pusingan kalah mati 16 terbaik, 2 perlawanan suku akhir dan 1 perlawanan separuh akhir AFC Champions League 2020.

Dikatakan juga 2 stadium yang menjadi calon terbaik untuk menjadi venue perlawanan kejohanan berprestij ini adalah Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga Stadium Sultan Ibrahim di Johor berdasarkan gambar diatas.

Mungkin bagi perlawanan besar seperti perlawanan akhir Piala FA atau Piala Malaysia, sistem VAR ini boleh digunakan, apa pendapat anda?

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Media Indonesia: Sebelum Bintang Malaysia, Greg Nwokolo Lebih Dulu Menikmati Atmosfera Liga Portugal

 

Sumber