Pendedahan rasmi dari JDT mengenai tawaran yang diterima dari Portimonense SC untuk memiliki Safawi Rasid sememangnya mendapat perhatian yang tinggi bukan sahaja dari Malaysia malahan dari negara-negara ASEAN lain yang turut membuat liputan berita tersebut.
Sebuah media dari Indonesia turut melaporkan berita yang membanggakan itu namun mereka dilihat seolah-olah cuba untuk membuat ‘perbandingan’ pemain negara mana dahulu yang pernah merumput di Portugal.
Memetik artikel yang disiarkan oleh Bolalob semalam, mereka cuba mengangkat pemain naturalisasi mereka iaitu Greg Nwokolo yang terlebih dahulu merasai karier di Portugal dan bukan Safawi Rasid sebagai pemain Asia Tenggara pertama.
Namun, andaikan Safawi resmi berkarier di Portugal, ia bukan yang pertama kali di kawasan Asia Tenggara. Pemain naturalisasi Indonesia, Greg Nwokolo, sudah lebih dulu.
“Saya sempat 2009 main di Eropa. Saya main di Portugal. Habis 2008 saya pergi ke Portugal buat seleksi. Satu klub dengan Paulo Sergio (Bali United),” ujar Greg dalam channel Youtube Hanif Sjahbandi dan Rendy Juliansyah, Hanif & Rendy Show.
Greg Nwokolo berkelana ke sebuah pasukan liga divisyen 1 Portugal – SC Olhanense, pada musim 2009/2010 dari Persija Jakarta dan telah turun dalam 13 penampilan sahaja musim itu serta kembali ke Persija Jakarta hanya selepas 6 bulan disana.
Beliau juga ada menceritakan pengalaman yang kurang menyenangkan kerana ramai rakan sepasukan yang ‘meremehkan’ statusnya sebagai pemain kebangsaan Indonesia ketika itu.
Apa pun pengalaman setiap individu itu adalah berlainan dan semua peminat bola sepak Malaysia mengharapkan pemain-pemain Malaysia yang beraksi diluar negara dapat mempamerkan aksi terbaik untuk masa depan bola sepak negara yang lebih gemilang.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian