Setelah membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan ketujuh berturut-turut Liga Super, pemain sayap negara, Safawi Rasid telahpun berangkat ke Portugal bagi menyertai kelab baharu beliau, Portimonense SC.

Rata-rata peminat bola sepak tanah air menyambut dengan baik perpindahan Safawi ke Portugal dan berharap beliau segera membarisi kesebelasan utama skuad yang dibimbing oleh Paulo Sérgio itu.

Safawi dilihat bakal menerima cabaran hebat dari pemain sedia ada untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Setakat dua perlawanan Primeira Liga yang dihadapi, Paulo telah menggunakan tiga pemain di posisi sayap.

Pada perlawanan pertama menentang Pacos Ferreira yang berkesudahan dengan keputusan 1-1, Paulo menurunkan Welinton Júnior di posisi sayap kanan dan Anderson de Oliveira da Silva di sayap kiri.

Pesaing
Welinton Júnior. Sumber Gambar: TVI 24

Pada perlawanan kedua menentang Gil Vincente yang mana Portimonense tewas pada aksi tersebut, Júlio César diturunkan di sayap kanan manakala Welinton Júnior ditukar ke bahagian kiri.

Selain tiga pemain ini, ada Aylton Boa Morte yang turut dilihat sebagai pesaing utama Safawi bagi mengisi posisi pemain sayap pasukan.

Meskipun berdepan dengan ramai pesaing, namun perkara ini dilihat sebagai satu motivasi tambahan kepada pemain berusia 23 tahun itu untuk menampilkan prestasi cemerlang ketika sesi latihan sekaligus memikat hati Paulo Sergio.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Selepas Lakukan 101 Penampilan Dan 47 Gol Untuk JDT, Safawi Rasid Berlepas Ke Portugal Malam Ini.

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain