Undian rasmi kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 yang sepatutnya berlangsung di Thailand pada pertengahan bulan ini terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak pandemik COVID-19.
Walaupun beberapa negara Asia Tenggara sudah mula mencatat penurunan kes COVID-19 namun sekatan perjalanan masih dikenakan sehingga memberi kesukaran kepada wakil pasukan untuk menghadiri majlis undian tersebut.
Bagaimanapun, Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) belum mengumumkan tarikh baharu undian tersebut dijalankan dan dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2020.
The draw for the Suzuki Cup, which was scheduled to be held in Thailand later this month, is cancelled. AFF has not said when the draw will be held now.https://t.co/YEcuNcTUtT pic.twitter.com/TGY8ZNL31y
— Svein Falk Lorentzen 🇧🇻🇹🇠(@SveinFalk) June 8, 2020
AFF sebelum ini mengumumkan tarikh perlawanan Piala Suzuki AFF telah ditukar kepada 23 November hingga 31 Disember 2020 selepas mengambil kira jadual penangguhan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Badan induk itu juga sedang menimbangkan untuk mengembalikan semula format pertandingan lama dengan memilih dua negara sebagai tuan rumah kumpulan A dan kumpulan B manakala peringkat separuh akhir dan final akan bermain secara home & away.
Malah, terdapat juga cadangan untuk menganjurkan semua perlawanan ini dalam satu negara yang dipilih sebagai tuan rumah. Cadangan ini nampak lebih realistik berdasarkan situasi semasa wabak pandemik kerana beberapa negara masih mengenakan sekatan perjalanan.
Jika dibandingkan dengan negara lain, Vietnam negara yang paling sesuai untuk menganjurkan kejohanan itu kerana telah merekodkan peratusan kes COVID-19 yang rendah dan sifar kematian setakat ini.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada perlawanan itu akan berlangsung tanpa kehadiran penonton bagi membendung penularan wabak tersebut.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Tarikh Baki 3 Perlawanan Terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022 Telah Ditetapkan Oleh Pihak AFC?
Media Thailand Ini Labelkan Skuad Kebangsaan Malaysia Sebagai ‘Johor National Team’
Simon McMenemy: “Melatih Indonesia Merupakan Pekerjaan Yang Paling Susah Di Asia”