Teka-teki berkenaan dengan tarikh perlawanan saingan antarabangsa nampaknya sudah hampir sampai ke penghujungnya terutamanya untuk baki saingan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Berdasarkan tinjauan kami menerusi beberapa media sukan Thailand, mereka sudah mula mengeluarkan laporan berkenaan baki 3 perlawanan terakhir skuad kebangsaan Thailand dimana perlawanan terkahir mereka adalah bertemu Malaysia di Bangkok.
Thailand yang sudah mengharungi 5 perlawanan, sama seperti Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan Indonesia, UAE dan Malaysia.
Berikut adalah tarikh untuk baki 3 perlawanan skuad Thailand berdasarkan kemaskini yang dibuat oleh SMMSport petang tadi;
- Perlawanan ke-6: 8 Oktober 2020 (Bertemu Indonesia di Bangkok)
- Perlawanan ke-7: 12 November 2020 (Bertemu UAE di Dubai)
- Perlawanan ke-8: 17 November 2020 (Bertemu Malaysia di Bangkok)
Mengikut tarikh-tarikh itu, dijangkakan baki 3 perlawanan untuk pasukan Malaysia pula akan berlangsung pada waktu yang sama kecuali ketika berdepan dengan pasukan UAE.
Dijangkakan tarikh untuk perlawanan skuad Harimau Malaya adalah seperti berikut;
- Bertemu UAE pada 8 Oktober 2020 di Dubai.
- Bertemu Vietnam pada 13 Oktober 2020 di Bukit Jalil.
- Bertemu Thailand pada 17 November 2020 di Bangkok.
Sehingga artikel ini ditulis masih tiada sebarang pengesahan rasmi dari mana-mana pihak selepas kami cuba mendapatkan maklum balas dari FAM dan juga FAT.
Maklumat dari koresponden kami di Thailand menyatakan bahawa pihak AFC akan menghantar satu email kepada pihak yang terlibat esok, namun tidak dinyatakan secara jelas samada akan mengandungi butiran tarikh untuk baki perlawanan tersebut atau tidak.
Nota kemaskini 9:05PM: Difahamkan tarikh-tarikh diatas adalah cadangan atau tentatif sahaja dan masih belum rasmi.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Media Thailand Ini Labelkan Skuad Kebangsaan Malaysia Sebagai ‘Johor National Team’
“Shukor Adan, Kalau Dia Bagi Arahan Semua Pemain Mudah Dengar Apa Dia Kata” – Norhafiz Zamani