Sekitar September 2006, skuad bola sepak kebangsaan Filipina telah berada pada FIFA ranking paling rendah dalam sejarah bola sepak negara itu iaitu kedudukan ke 195 dunia, dan ini sebenarnya titik tolak bagaimana ia telah ‘menggerakkan’ beberapa individu untuk melakukan sesuatu.

Pada ketika itu juga, menurut laman web Footballshorts, melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Filipina tidak mahu mendaftarkan pasukan untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.

There was no point.

‘Ketakutan’ negara yang memiliki populasi sekitar 106 juta orang itu dikatakan berpunca dari 2 faktor utama iaitu sokongan yang amat minima dari kerajaan dan bola sepak bukan sukan utama di Filipina.

Jelas, jika Filipina mahu mencipta gelombang dalam bola sepak antarabangsa, perancangan alternatif amat diperlukan.

2009: Dan Palami, Pengurus Pasukan Cipta ‘Project 100’ Untuk Filipina

Kehadiran Dan Palami sebagai pengurus skuad kebangsaan pada 2009 adalah kunci kepada apa yang dicapai oleh Filipina ketika ini.

Beliau telah membuat pelaburan kepada pasukan menggunakan duit sendiri dan merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta ‘Project100‘.

dan

Projek ini sebenarnya bertujuan untuk ‘utilise‘ sekitar 10.2 juta orang yang mempunyai pertalian darah dengan Filipina diluar negara dan memanggil mereka ini untuk beraksi dengan skuad The Azkals.

Hasil projek ini hampir boleh dikatakan ‘instant’ apabila skuad Filipina berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan selain menumpaskan Vietnam 2-0 dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2010.

2019: Debut Piala Asia Untuk The Azkals

Awal 2019, skuad yang dahulunya adalah lubuk gol diperingkat Asia Tenggara melakukan penampilan pertama dalam kejohanan Piala Asia, berada satu kumpulan dengan Korea Selatan, China dan Kyrgyzstan.

Kini, selepas hampir 14 tahun berlalu mereka telah berjaya bangkit dari kedudukan 195 dunia dan berada di kedudukan 124 dunia (nombor 3 di Asia Tenggara dan nombor 23 Asia).

Kedudukan tertinggi pernah dicapai adalah di ranking 111 dunia pada bulan Mei 2018.

Salah seorang dari Ultras Filipina yang dikenali dengan nama Kent Garcia menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan akan reflek kepada bola sepak domestik.

Ultras Filipina

“Populariti sukan bola sepak di Filipina bergantung kepada prestasi skuad kebangsaan. Saya memang berharap supaya skuad Filipina mencapai keputusan yang baik sebab kalau mereka berjaya membawa pulang kejayaan, bola sepak akan hidup di negara kami.”

Ikuti kisah penuh dalam video dibawah yang dihasilkan ketika Filipina bersiap sedia untuk tampil dalam kejohanan Piala Asia buat kali pertama pada tahun 2019 yang lalu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

“Shukor Adan, Kalau Dia Bagi Arahan Semua Pemain Mudah Dengar Apa Dia Kata” – Norhafiz Zamani

ASEANFootball: Perpindahan Mohamadou Sumareh Ke JDT Bakal Jadi Kenyataan Hujung Tahun Ini.

Vietnam Tidak Sempat ‘Naturalisasi’ Filip Nguyen, Berdepan Risiko Tinggi Dalam 3 Perlawanan Penting