Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) semalam telah mengeluarkan satu hint besar mengenai perpindahan pemain naturalisasi pertama Malaysia, Mohamadou Sumareh menyertai JDT musim hadapan.

Artikel tersebut dilihat oleh para peminat bola sepak Malaysia sebagai ‘pengesahan’ awal kerana ia adalah laman web rasmi AFF walaupun ramai yang menjangkakan mengenai perpidahan itu lebih awal terutama di laman sosial.

Minggu lalu, ada yang mula membuat spekulasi selepas berlaku satu ‘interaksi’ diantara Sumareh dan TMJ dilaman sosial Instagram dimana ramai melihat ini adalah klu terkini berkaitan perpindahan Sumareh ke JDT.

tempsnip

Tambahan pula, kontrak 3 tahun Sumareh bersama pasukan Pahang akan tamat pada hujung tahun ini dan perpindahan ini tidak mengejutkan jika berlaku sekalipun kerana bekas rakan sepasukan, Matt Davies juga kini bersama skuad JDT.

Namun tidak menghairankan jika mana-mana pemain mahu beraksi bersama JDT kerana dengan kekuatan dari pelbagai aspek serta aset yang dimiliki, mereka mampu untuk menarik minat pemain-pemain berpotensi tinggi untuk turut serta dalam keluarga besar JDT.

Sama-sama kita nantikan apakah benar Mohamadou Sumareh akan diumumkan sebagai JDT atau tidak pada hujung tahun atau awal tahun 2021 nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”

Fakhri Saarani Kini Mula Menceburi ‘Kerjaya’ Sebagai ‘Trader’ Bersama Tuan Jamil Baharom.

Berkongsi Pengalaman Berkaitan Pengurusan Kewangan, Ini 9 Nasihat Azmeer Yusof Kepada Pemain Bola Sepak

Sumber