Pemain pertahanan Kedah yang kini banyak berkongsi tentang pengurusan hidup, kewangan dan masa depan sebagai pemain bola sepak, Azmeer Yusof hari ini tampil sekali lagi dengan perkongsian yang amat penting dari perspektif pemain dalam sukan ini.
Dengan bayaran gaji besar yang diterima oleh kebanyakan pemain bola sepak masa kini, beliau menyatakan supaya tidak terlalu enjoy dan boros dengan apa yang diperolehi.
“There is something i need to share with you guys, especially FOOTBALL PLAYERS yang tengah merasa gaji besar sekarang ni. Think of your future, jangan terlalu enjoy dan boros using whole your salary dengan shopping benda bukan-bukan termasuk kereta.”
“Ini pengalaman saya sendiri yg pernah membeli sebanyak 7 buah kereta.”
Sambil mengakui permulaan hidupnya yang mewah, Azmeer memberitahu dia tidak pernah terfikir langsung untuk menyimpan atau membeli rumah pada ketika itu.
“Permulaan hidup saya cukup mewah. Dengan gaji tinggi, saya tak fikir langsung untuk simpan dan beli rumah atau invest dalam apa-apa yang menguntungkan.”
“Zaman muda pegang banyak duit, of course tak fikir apa-apa. Now in 2020, umur pun dah cecah 3 series, still tak settle down dengan hutang-hutang.”
“Damn! I felt like I’m the most stupid guy in the world! With my salary in 2009-2019, I can settle all my debt. But I can’t. Why?”
Selain itu, Azmeer turut berkongsi beberapa tindakan ‘bodoh’ yang pernah dilakukan olehnya seperti memiliki 5 kredit kad, pinjaman peribadi dan membeli 7 buah kereta.
“Few stupid things that i do, apply CREDIT CARD, not one, but 5!”
“Buat personal loan dan paling teruk beli kereta. Satria NEO, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Vellfire dan 4×4 DMAX. Gila kan? Mana rumah? I wish i can turn back time, i wish“, jelas lanjut Azmeer dengan nada penyesalan.
“2014 saya cuba nak beli rumah tapi loan tak lepas. Sebab apa? Sebab personal loan, credit card, kereta dan lain-lain. Stupid kan?”
Tindakan Drastik Diambil Untuk Memulihkan Keadaan
Selepas menyedari semua perkara itu, Azmeer Yusof mula melakukan tindakan drastik untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pengurusan kewangan yang lebih baik.
“Apa yang saya buat selepas itu, saya berjanji dengan diri saya, i will sell all my cars, not include Vellfire sebab kereta tu saya niatkan untuk kegunaan mak dan ayah saya.
“Second, buat settlement semua credit card.”
“Third, buat full settlement untuk personal loan.”
“Sebelum ini komitmen sy cecah RM10,000 sebulan. Sekarang komitmen saya semakin sikit dan tak pening kepala jika gaji tak masuk atau apa-apa yang terjadi dalam kerjaya saya.”
“Apa yang berlaku semua ini juga Allah telah ‘menghadiahkan’ kepada saya rumah sendiri di Alor Setar. Semoga dengan rumah ini saya dapat kembangkan lagi dengan membeli seberapa banyak rumah dengan izin Allah.”
Mengakhiri catatan dilaman sosial Facebook itu, Azmeer Yusof memberikan 9 nasihat khas ditujukan kepada pemain bola sepak di Malaysia untuk panduan bersama.
- Jangan apply kredit kad (kalau tak mampu dan berdisiplin membayar)
- Jangan apply personal loan.
- Simpan duit (Unit amanah, ASB, Tabung Haji)
- Jangan beli kereta dulu (Paling tidak pun beli yang second hand atau yang murah. Nak Honda atau Toyota baru, belilah selepas beli rumah)
- Kurangkan shopping benda-benda mahal yang akhirnya tak pakai & letak dalam muzium.
- Beli emas dan simpan. Masa sesak boleh pajak. Time senang tebus balik.
- Insurans penting, jadi apa-apa nanti ada yang tolong cover.
- Berhenti merokok! (Kebanyakkan players merokok)
- Beli rumah.
Jangan terlepas membaca artikel padu lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda dibawah ini.
Stephan Schrock: “Bola Sepak Hanya 3 Jam Sehari, Baki 21 Jam Lagi Adalah Mengenai Kehidupan”
“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”