Ketua pasukan skuad Azkals dan Ceres Negros, Stephan Schrock kini mula melihat untuk membina akademi bola sepaknya sendiri di Filipina apabila menamatkan kerjaya sukan ini satu hari nanti.
Sebuah laporan dari Manila Times mendedahkan satu temu bual khas ‘podcast‘ bersama pemain itu beberapa hari lalu.
“Filipina penuh dengan atlit berbakat”, katanya kepada Audris Romualdez.
“Jika pihak kerajaan sanggup membantu pemain-pemain ini, hasilnya nanti akan menjadi luar biasa. Atlit di Filipina memiliki potensi besar dan saya harap dapat membantu mereka mencapai impian dan memberikan keluarga mereka satu kehidupan yang lebih baik.”
Stephan Schrock yang kini berusia 33 tahun, mahu berkongsi pengalaman hidup yang dilaluinya dalam dan luar padang kepada pemain-pemain muda sebagai panduan dan rujukan membina karier dimasa depan.
“Setiap hari adalah proses pembelajaran dan peluang untuk memberikan semula kepada komuniti. Saya mahu membantu kanak-kanak untuk menjadi yang terbaik (dalam sesuatu perkara yang diceburi), bukan untuk bola sepak sahaja.”
“Saya mahu mereka pandai di sekolah dan dalam kehidupan kerana bola sepak hanyalah 3 jam dalam hidup kita seharian dan baki 21 jam lagi adalah mengenai kehidupan. Lebih banyak life berbanding bola sepak sebenarnya.”
Stephan Schrock yang telah berjaya merangkul 3 kali kejuaraan Phippines Football League (PFL) dan juga merupakan pemenang anugerah Golden Ball musim lalu, mahu pemain remaja melihat bola sepak sebagai satu karier yang berdaya saing dan dalam masa yang sama menggunakan sukan sebagai batu loncatan untuk berjaya.
Sebagai seorang anak kepada ibu yang berasal dari Filipina – Maria Cabizares, dari Cotabato Utara, beliau melihat bagaimana wanita berstatus ibu tunggal itu struggled untuk mencari rezeki membesarkan beliau dan adik perempuan di Schweinfurt, Jerman.
Bertekad untuk berjaya, Stephan Schrock menempa nama dalam karier bola sepak apabila bersama Greuther Furth dan beraksi untuk kelab dalam Bundesliga seperti 1899 Hoffenheim dan Eintracht Frankfurt sehingga beliau menyertai Ceres Negros pada 2016.
“Ramai kanak-kanak Filipina menjadi pencari nafkah keluarga mereka dan selalunya menerima sekitar P18,000 (RM1,548) hingga P30,000 (RM2,550). tetapi jjika boleh bermain bola sepak, sanggup bekerja keras dan berkorban, bola sepak boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan.”
Musim lalu juga, Stephan Schrock terpilih sebagai salah seorang pemain dalam AFF Best XI dan dinobatkan sebagai pemenang Mr.Football oleh persatuan penulis sukan Filipina 2 tahun berturut-turut.
“Saya bukan pemain paling tinggi, paling laju dan berkemahiran tinggi yang anda pernah lihat. Tetapi jika sanggup bekerja keras dan melakukan pengorbanan anda boleh pergi jauh dalam bidang sukan”, kata Stephan Schrock mengakhiri temu bual itu.
Jangan terlepas membaca artikel padu lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda dibawah ini.
“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”
Park Hang-seo Mula Gelisah Menyaksikan Ketumpulan Penyerang Skuad Kebangsaan Vietnam
Andres Tunez Sah Jadi Rakan Sepasukan Mat Yo, BG Pathum United ‘Kutip’ Pemain Bintang Thai League