Beberapa hari yang lalu ketika saingan bola sepak di Vietnam mula membuka kembali tirai, ketua jurulatih skuad kebangsaan mereka Park Hang-seo secara terbuka menyatakan permintaan khas kepada semua kelab.
Disebabkan ada sekurang-kurangnya 3 perlawanan penting yang perlu dihadapi mereka hujung tahun ini, jurulatih dari Vietnam itu mahu kelab-kelab di Vietnam untuk lebih banyak menggunakan penyerang tempatan berbanding pemain import.
Ini adalah kerana mereka perlu untuk memastikan pemain dibarisan serangan skuad kebangsaan betul-betul cergas, tajam, konsisten dan memiliki momentum untuk berdepan saingan dari negara lain yang tidak kurang hebatnya.
Dengan misi untuk muncul juara kumpulan dan seterusnya layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2020 zon Asia, pihak VFF dilaporkan bermasalah untuk mencari lawan setara yang mampu untuk memberikan ‘ujian’ kepada mereka sebelum berdepan perlawanan pada Oktober nanti.
Menurut artikel dari TheThao247, Park Hang-seo juga turut mahu kelab-kelab Vietnam untuk lebih banyak memberikan peluang kepada pemain-pemain muda beraksi dalam saingan tempatan sebagai medan untuk mereka meraih pengalaman dan secara langsung memberikan kesan positif kepada skuad kebangsaan dimasa depan.
Satu lagi permintaan yang dibuat oleh beliau adalah supaya para pemain diberikan ‘supplement‘ yang betul untuk membantu pemain mencapai tahap maksimum potensi yang dimiliki. Mungkin Park Hang-seo mahu melihat impak dari perkara ini kepada skuad kebangsaan dalam masa beberapa tahun lagi.
Inilah 3 permintaan khas yang dibuat oleh beliau dalam misi untuk mendapatkan pemain yang mampu melaksanakan strategi dan taktikal yang diatur bagi memacu bola sepak Vietnam ke satu tahap yang lebih baik lagi.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Park Hang-seo Mula Gelisah Menyaksikan Ketumpulan Penyerang Skuad Kebangsaan Vietnam
“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”