Pemain bintang Thailand yang kini beraksi bersama kelab Hokkaido Consadole Sapporo, Chanathip Songkrasin dengan kerjasama dari jenama Mizuno telah mula melakukan  lelongan kasut bola beliau mulai semalam.

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi melalui laman sosial jenama sukan Mizuno sendiri dan mengesahkan bahawa kasut tersebut adalah dari model Rebula 3 (Japan edition) dan merupakan kasut yang direka khas mengikut kaki Chanathip Songkrasin.

Kasut itu juga telah ditandatangan secara eksklusif oleh Chanathip lengkap dengan nama dan nombor jersi beliau bersama Hokkaido Consadole Sapporo.

8869

Menurut kemaskini tersebut juga, hasil lelongan itu nanti akan diserahkan kepada pihak Thai Red Cross untuk digunakan dalam operasi membantu masyarakat yang memerlukan khidmat mereka ketika menghadapi situasi yang tidak menentu ini.

Lelongan kasut ini dijadualkan akan tamat pada 29 Mei 2020 tepat jam 3 petang waktu tempatan Thailand dan 3 jam selepas itu, nama pemenang akan diumumkan secara rasmi. Pemenang bidaan akan turut menerima set hadiah khas dari jenama Mizuno serta sesi bertemu Chanathip secara eksklusif apabila pemain itu kembali ke Thailand nanti.

Kasut bola milik Chanathip Songkrasin ini dikatakan tidak ada dijual dimana-mana kedai dan sehingga artikel ini ditulis, bidaan paling tinggi terkini adalah THB75,000 atau RM10,235 walaupun tempoh lelongan masih berbaki 4 hari lagi!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Elaun Pemain Skuad Piala Presiden Kelantan Masih Tertunggak, Hanya ‘Duit Raya’ RM200 Untuk Belanja Jadi Teman

Bapa Wan Kuzri Beri ‘Lampu Hijau’ Dan Jelaskan Tiada Masalah Dokumentasi Untuk Sertai Skuad Malaysia Dalam Kejohanan AFC B-19

Media Indonesia Laungkan Hanya Vietnam Mampu Halang Mereka Muncul Juara AFF Suzuki Cup 2020.