Sebuah media dari Indonesia, Kumparan percaya bahawa skuad kebangsaan Vietnam merupakan halangan terbesar mereka untuk mengungguli kejohanan AFF Suzuki 2020 ini.

Dengan saingan AFF Suzuki Cup 2020 yang dijadualkan akan bermula pada 23 November 2020 sehingga 31 Disember 2020, media itu melihat bahawa ia adalah tempoh masa yang sangat sesuai untuk skuad Indonesia menjulang kejuaraan Asia Tenggara buat kali pertama.

“Pasukan Garuda memiliki peluang yang besar untuk menang AFF Suzuki Cup 2020. Ini adalah kerana skuad Thailand, Malaysia dan Filipina masih tidak dapat memberikan kepastian samada mereka mahu menyertai kejohanan itu atau pun tidak. Mereka semuanya memberikan fokus kepada saingan bola sepak domestik yang tertangguh akibat virus COVID-19”, memetik artikel dari Kumparan.

Dalam masa yang sama, kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 itu berlangsung cukup rapat dengan jadual pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kedua-dua pasukan Thailand serta Malaysia lebih memberikan keutamaan untuk mencari peluang ke peringkat seterusnya.

Indonesian-Football-Supporter

“Ada 3 pasukan yangt mungkin absent dan ini akan membangkitkan motivasi Indonesia dalam AFF Suzuki Cup. Ruang untuk menjuarai piala ini buat pertama kali semakin meluas.”

Kumparan juga menyebut bahawa hanya pasukan Vietnam yang pasti akan menghantar skuad terkuat mereka untuk mempertahankan kejuaraan. Dengan kesan virus yang tidak seteruk negara lain di Asia Tenggara, Vietnam dilihat memiliki masa yang lebih banyak untuk melakukan persiapan sebelum menyertai AFF Cup, justeru menjadikan Vietnam sebagai halangan utama Indonesia.

Dengan ramuan yang bakal disajikan oleh ketua jurulatih baru mereka, Shin Tae-yong media Indonesia yakin beliau mampu untuk membawa perubahan serius berdasarkan cara serta disiplin yang diterapkan. Mereka sudah membayangkan situasi seperti Shin Tae-yong mengemudi pasukan Korea Selatan ketika menewaskan pasukan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Mereka dilihat seperti sedang bermimpi untuk menjulang takhta kejuaraan AFF Suzuki Cup selepas 5 kali muncul sebagai finalis namun gagal untuk memegang status ‘King of SEA’ walaupun sekali sehingga kini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

VFF Ikat Pengarah Teknikal Baru Dari Jepun, Gaji RM87,000 Sebulan Dengan Kontrak 5 Tahun

Zhang Lu: China Sukar Kecapi Kejayaan Dalam Tempoh 20 Tahun, Naturalisasi Tidak Mampu Selesaikan Masalah Fundamental

2 Pemain Thailand Berusia 16 Tahun Sah Sertai Skuad Remaja Kelab Bundesliga, Miliki Ketinggian 1.83 Meter