Seorang komentator terkenal dalam bola sepak di China, Zhang Lu yang memberikan komen kepada portal Sina Sports beberapa hari yang lalu menyatakan bahawa skuad kebangsaan China kini kian tenggelam dibelakang Vietnam dan Thailand.
Memetik laporan tersebut, kegagalan dalam beberapa tahun terakhir oleh skuad kebangsaan China itu telah membuka ruang untuk ramai penganalisis serta forum membincangkan mengenai perkara itu secara lebih terbuka.
Zhang Lu dalam kenyataan itu menyebut bahawa, skuad kebangsaan China akan mengalami kesukaran untuk berjaya dalam tempoh 20 tahun akan datang, dan kini menurutnya sudah dipintas oleh Vietnam dan Thailand.
“Naturalisasi tidak akan menyelesaikan fundamental kepada masalah yang dihadapi. Jika skuad China beraksi dengan baik menggunakan pemain naturalisasi, kita akan sentiasa bergantung kepada mereka. Ini akan menyebabkan wujud rasa tidak selesa.”
“China perlu berjaya daripada kekuatannya. Ada persoalan penting yang perlu dijawab – Adakah perkara ini sekadar for the sake of achievement?”
Artikel yang disiarkan oleh Sina Sports itu juga dilihat bersetuju dengan pendapat Zhang Lu yang memberitahu realiti sebenar keadaan bola sepak mereka. Beliau juga menyebut bahawa pembangunan pemain muda di Thailand dan Vietnam adalah lebih baik berbanding di China.
Selain itu, Zhang Lu ada menyatakan bahawa Vietnam sudah mara ke peringkat suku akhir Piala Asia yang lepas serta Thailand juga turut menewaskan mereka tahun lepas.
Disebabkan program latihan pemain remaja yang lemah, skuad China terpaksa mengambil pendekatan naturalisasi dengan harapan dapat mencari jalan singkat ke Piala Dunia.
Bagi persiapan perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, skuad kebangsaan China akan menghadapi 2 perlawanan bertemu kelab CSL iaitu Shanghai Shenhua dan Shanghai SIPG pada 21 dan 26 Mei 2020.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Misi Ke Piala Dunia 2022, China Bakal Diperkuatkan Enam Pemain Naturalisasi
Faktor Fizikal Punca Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Jadi Pilihan Perkuatkan Skuad Kebangsaan
Media Indonesia Gesa PSSI Belajar Dari FAM Mengenai Pemain Naturalisasi