Sebuah kelab divisyen dua di China menggemparkan dunia apabila pemilik kelabnya telah meminta jurulatih menurunkan anaknya dalam perlawanan sebenar.

Billionair yang bernama He Shihua merupakan usahawan dan pelabur yang berjaya. Dia membeli Zibo Cuju, yang merupakan kelab di divisyen dua di China.

Shihua dilaporkan mengarahkan jurulatih untuk menurunkan anak lelakinya yang berat badannya 126kg – untuk bermain dalam perlawanan kompetitif.

Walaupun perkara ini sebenarnya bukanlah mustahil, tetapi ramai yang mempertikaikan kerana fizikal anaknya tidak menunjukkan dia seorang yang profesional, dengan berat badan berlebihan.

Zibo Cuju berdepan dengan masalah kewangan, dan Shihua yang merupakan billionair muda – berusia 35 tahun – datang melabur ke dalam kelab mereka.

Dia kemudian telah campur tangan dalam pengurusan pemain secara total. Di mana Shihua mengarahkan jurulatih Hongyi Huang untuk bermain dalam kesebelasan utama. Lebih gila, dia meminta jurulatih menjadikan anak dia sebagai pelaksana semua rutin bola mati termasuk penalti, sepakan penjuru dan sepakan percuma.

Pasukan Zibo Cuju sedang dalam prestasi tak menentu. Hanya 1 mata dalam 5 perlawanan terakhir. Menjaringkan hanya 2 gol dan bolos 10 kali.

Tak hairanlah kalau rupa playmaker dah rupa itu kan. Nak harap macamana untuk cipta peluang?

Laporan daripada media tempatan juga menyatakan, pemilik kelab seorang yang mesra dengan pemain dan seringkali berlatih sekali bersama dengan pemain. Selalu mengajak pemain keluar makan dan bergurau senda. Cuma masalahnya dia salah guna kuasa memaksa jurulatih menurunkan anaknya.

Namun ini bukannya perkara yang pelik di China. Sebab mereka sudah ada beberapa episod lagi drama seperti ini. Misalnya pada 2019, pemilik kelab Jilin Baijia, Xu Guangnan mendaftarkan namanya sendiri dalam pasukan dan dia memakai jersi no.10 yang merupakan jersi bintang sesesbuah pasukan.

Xu juga akan menentukan sendiri bila dia keluar dan bila dia akan masuk bermain. Tindakan Xu ini membuatkan pemain bengang dan mulai menentangnya.

E0ruX1HUUAM4C4w

Pada 2019, para pemain Biajia mengadakan protes terbuka kepada Xu kerana sudah beberapa bulan gaji tak dibayar. Dia pula sibuk nak bermain setiap minggu.

E1n1SGwX0AIuRE2

Hampir sedekad yang lalu, pada 2012, pemilik Shanghai Shenhua itu Zhu Jun pernah mengarahkan jurulatih menunrunkannya bermain bersama dengan Nicolas Anelka yang mereka baru tandatangani dalam aksi persahabatan. Dia bermain bersama Anelka dalam aksi menentang kelab Argentina CN dalam aksi persahabatan.

Kemudian, ketikan Man United mengadakan pra musim ke China, Zhu Jun meminta namanya disertakan dalam senarai pemain. Namun mujur ketika itu Zhu Jun memutuskan tidak mahu bermain.

Baca juga artikel

30,000 Penyokong Bola Sepak China Hadir Ke Stadium Tanpa Penjarakan Fizikal

Kelab Liga Super China Enggan Lepaskan Pemain Korea Selatan Ke Skuad Kebangsaan

10 Stadium Moden Dibangunkan, China Mahu Jadi Penganjur Terbaik Piala Asia 2023