Kelmarin, Persatuan Bola Sepak China (CFA) telah mengumumkan 10 buah stadium yang akan menjadi lokasi perlawanan pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023 pada bulan Jun hingga Julai 2023.
Kejohanan Piala Asia 2023 ini merupakan antara kejohanan terbesar untuk pasukan kebangsaan, pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yakin China FA dan bandar-bandar yang terpilih akan menjayakan kejohanan selari dengan status acara berkelas dunia.
Antara bandar yang dipilih menganjurkan perlawanan Piala Asia 2023 ialah Beijing, Changsha, Chengdu, Chongqing, Dalian, Guangzhou, Hangzhou, Shanghai, Suzhou, Tianjin dan Wuhan.
“Saya berterima kasih kepada semua orang yang terlibat kerana kerja mereka yang luar biasa setakat ini dalam mempersiapkan untuk menjadi penganjur Piala Asia terbesar dan terbaik.
“Terdapat 10 bandar moden yang hebat di setiap pelosok China. Masing-masing akan mempunyai stadium bola sepak baru atau diubahsuai yang akan mempamerkan yang terbaik dalam bola sepak Asia. Ia juga akan menunjukkan kepada dunia kemampuan China untuk mengadakan acara bertaraf dunia,” kata Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.
Salah satu venue perlawanan yang sudah siap sepenuhnya ialah Stadium bolasepak Pudong, Shanghai. Stadium itu juga turut digunakan sebagai gelanggang rasmi Piala Dunia Kelab FIFA serta stadium rasmi kelab Liga Super China, Shanghai SIPG.
Direka oleh firma arkitek dari Jerman, lokasi stadium ini terletak kira-kira 13 km dari bandar Shanghai. Malah, reka bentuknya juga diambil inspirasi daripada bentuk mangkuk tradisional cina.
The newly built Shanghai Pudong stadium, the football-only stadium as Shanghai SIPG's home and a main venue for the FIFA Club World Cup, is now named as 'SAIC Pudong Stadium', after SAIC, the largest automaker in China as the sponsor of Shanghai SIPG, secured the naming rights. pic.twitter.com/I8QBp0IFxP
— Titan Sports (@titan_plus) October 28, 2020
Jawatankuasa penganjuran turut mengumumkan bandar Beijing sebagai tuan rumah perlawanan pembukaan dan final Piala Asia 2023. China juga menganggap kejohanan itu sebagai batu loncatan untuk berpotensi menjadi tuan rumah Piala Dunia seawal tahun 2030 atau 2034.
Timbalan Menteri Sukan China, Du Zhaocai turut menyifatkan Piala Asia 2023 sebagai peluang keemasan untuk mempromosikan bandar-bandar China ke seluruh dunia, meningkatkan ekonomi dan pembangunan sosial tempatan dan memudahkan pertumbuhan bola sepak di seluruh negara.
Penganjur juga tekad menjadikan Piala Asia 2023 sebagai kejohanan terbaik di dunia dari segi kemudahan dan penganjuran.
“Semua persiapan berjalan lancar walaupun dilanda wabak COVID-19 dan Piala Asia 2023 akan meninggalkan impak besar bagi negara ini untuk menjadi tuan rumah acara bola sepak di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang,” kata Du Zhaocai.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Chanathip Songkrasin Termasuk Dalam Senarai Pemain Dengan “Skills” 5 Bintang Dalam FIFA 21
Bekas Pemain Feyernoord, Kevin Diks Sedia Sarung Jersi Indonesia