Dalam satu kemaskini laman sosial Instagram Chanathip Songkrasin sebentar tadi telah memuat naik IG Story dimana dia dan pemain skuad kebangsaan negara Safawi Rasid telah ‘swap’ jersi masing-masing sebagai tanda persahabatan.
Chanathip Songkrasin atau lebih dikenali rapat dengan nama Jay itu turut mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Safawi Rasid yang terpaksa dikeluarkan ketika berdepan Indonesia akibat kecederaan tangan.
Safawi Rasid dalam gambar itu kelihatan gembira walaupun tangannya masih lagi menggunakan arm sling bagi menyokong tangan yang mengalami kecederaan dan turut memuat naik IG Story mengucapkan selamat maju jaya diperingkat separuh akhir kepada Chanathip Songkrasin.
Pemain tengah kelab Hokkaido Consadole Sapporo itu tidak diturunkan dalam perlawanan Thailand bertemu Singapura 2 hari yang lalu, kini sedang menjalani persiapan rapi untuk berdepan juara bertahan Piala AFF iaitu Vietnam yang menanti diperingkat separuh akhir.
Kedua-dua pemain ini sememangnya menjadi tumpuan peminat bola sepak dirantau Asia Tenggara dan aksi mereka sentiasa dinantikan dengan penuh minat.
Apakah ini petanda Safawi Rasid akan mengikuti jejak Chanathip Songkrasin ke saingan J1 League? Sama-sama kita nantikan.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Tan Cheng Hoe Dedahkan Punca Mengapa Dion Cools Diarahkan Bermain Dibahagian Atas
Malaysia Bawa Pulang -0.34 Mata FIFA Ranking Dari Kejohanan Piala AFF 2020 Di Singapura
Faisal Halim:”Jujur Kepada Semua Orang, Saya 100% Bersedia Mental Dan Fizikal Bertemu Indonesia!”