Chanathip Songkrasin yang kini mempunyai baki kontak sehingga 2025 bersama kelab Hokkaido Consadole Sapporo sudah mula mendapat perhatian dari beberapa kelab gergasi di Jepun dan juga eropah.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh bapanya Kongphop Songkrasin melalui satu sesi video temubual santai dengan Chanathip Sport Club – CS18, dimana banyak perbualan berkenaan perkembangan terkini pemain tersohor Thailand itu.
Video yang dikongsikan itu memberikan satu bayangan dimana Chanathip Songkrasin berkemungkinan besar akan berhijrah ke kelab baru dan seperti yang disebut oleh bapa pemain itu sebuah kelab top 5 dalam saingan J1 League atau kelab lain di eropah.
“Saya harap Chanathip akan mempamerkan aksi yang lebih konsisten dan kita akan dengar berita baik dalam tahun ini mengenai perkara (perpindahan) tersebut. Itu sahaja yang saya boleh kongsikan ketika ini.”
“Jika Chanathip memberikan fokus kepada prestasi tentunya ada kelab yang akan memberikan perhatian kepadanya tidak kira samada di Jepun atau eropah sekalipun.”
Memasuki musim ke 5 beraksi untuk Hokkaido Consadole Sapporo sejak menyertai pasukan itu pada tahun 2017, Chanathip sudah berjaya memberikan impak serta pengaruh kuat kepada Jepun untuk melihat bola sepak Thailand dalam skala yang lebih besar bukan sahaja terhad untuk aksi didalam padang termasuk perkara lain yang berkaitan dengan industri itu diluar padang.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal