Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 semalam mengumumkan undian rasmi Piala Suzuki AFF telah ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian menurut kenyataan rasmi.

Undian tersebut sepatutnya berlangsung di Singapura pada 10 Ogos ini namun ia terpaksa ditangguhkan apabila negara tersebut mengambil langkah sekatan yang lebih ketat di bawah Tahap 2 bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth mengatakan, “Singapura telah melakukan usaha yang sangat baik dalam menguruskan wabak yang sedang berlaku. Kami memahami bahawa sekatan itu dibuat untuk menjaga keselamatan rakyat Singapura dan ini sangat penting.

“Kami telah membuat keputusan yang dipertimbangkan untuk menunda undian rasmi. Kami yakin bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Singapura, akan membolehkan kita mengadakan undian dengan lebih banyak pihak berkepentingan kami yang terlibat di kemudian hari.”

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia Tenggara di SPORTFIVE berkata,

“Kami memahami dan menyokong keputusan AFF untuk menangguhkan undian.Untuk AFF dan kami, kesihatan dan keselamatan semua orang yang berkaitan dengan acara akan sentiasa menjadi keutamaan,” jelasnya.

Mengikut pindaan jadual sebelum ini, kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 sepatutnya diadakan sekitar April hingga Mei 2021.

Namun, AFF menangguhkan pertandingan itu kepada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia ditambah pula dengan kesukaran tuan rumah untuk menganjurkan perlawanan.

AFF juga akan memperkenalkan format baharu di peringkat kalah mati dimana tiada lagi perlawanan timbal balik (Home & Away) seperti edisi tahun lalu. Ia bermakna perlawanan separuh akhir hingga final akan berlangsung di gelanggang neutral yang telah dipilih.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF melalui pautan dibawah. 

Format Baharu Akan Digunakan Dalam Saingan Piala Suzuki AFF 2020

Penjaga Gol Kacukan Vietnam-Russia Ini Hampir Pasti Tidak Akan Sertai Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020

TERKINI: Jawatankuasa Kecemasan AFF Cadangkan Kejohanan AFF Suzuki Cup Ditunda Ke Tahun 2021