Penjaga gol kacukan Vietnam-Russia yang kini beraksi dengan SCG Muangthong United, Dang Van Lam kini berdepan risiko untuk tidak disenaraikan dalam skuad Vietnam ke kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 nanti.

Semalam, pihak Thai League mengesahkan bahawa saingan liga mereka tidak akan dihentikan untuk memberikan laluan kepada kejohanan itu atas alasan diluar kalendar kejohanan FIFA justeru pihak kelab memiliki hak penuh untuk tidak melepaskan mana-mana pemain mereka ketika kejohanan itu berlangsung.

Mengikut beberapa laporan media dari Vietnam, skuad kebangsaan mereka kini berdepan dengan masalah penjaga gawang dimana Filip Nguyen yang kini beraksi bersama Slovan Liberec dijangka tidak sempat untuk menyelesaikan proses dokumentasi, yang menjadikan posisi itu kini ‘lompong’.

dang-van-lam-united

Beberapa penjaga gol lain dalam saingan liga domestik Vietnam juga gagal mempamerkan aksi yang mampu menarik perhatian Park Hang-seo selepas saingan bola sepak negara itu kembali berjalan menyebabkan pengendali dari Korea Selatan itu kini ‘terpaksa’ mencari alternatif lain.

Dikatakan juga pakar strategi Korea itu bakal menggunakan penjaga gol muda sebagai jalan akhir mencari pemain yang mampu menggalas tugas sebagai benteng akhir bagi mempertahankan kejuaraan AFF Suzuki Cup 2020 hujung tahun nanti.

Bukan sekadar penjaga sahaja sebenarnya, kerana jika diperhatikan ramai pemain-pemain teras skuad kebangsaan Vietnam mengalami kecederaan selepas saingan liga kembali berlangsung dan ini turut memeningkan kepala Park Hang-seo untuk mencari pemain yang terbaik.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Temu Bual Eksklusif Bersama Omar Raiyan Kama Azlan, Pemain Remaja Malaysia Bersama Kelab Red Star Belgrade

TMJ: Luqman Hakim Bukan Dibeli KV Kortrijk, Tetapi Tan Sri ‘Terpaksa’ Ambil Sebab Ada ‘Special Request’

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia