Federasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) hari ini mengumumkan Majlis Undian Rasmi Piala AFF Suzuki 2020 yang melibatkan 11 pasukan akan diadakan pada hari Selasa, 10 Ogos 2021.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai undian tersebut termasuk lokasi dan format perlawanan akan diumumkan kemudian.
“Kami sangat gembira mengumumkan tarikh Undian Rasmi untuk Piala Suzuki AFF tahun ini.
“Walaupun niat AFF adalah untuk melancarkan kejohanan dalam format dan jadualnya yang lengkap, termasuk perlawanan di tempat sendiri dan di luar untuk semua peringkat perlawanan, kami juga perlu bersiap sedia menghadapi kesan pandemik COVID-19, termasuk kemungkinan format alternatif seperti pertandingan berpusat.
“Kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan kami akan terus menjadi keutamaan apabila kami mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk kejohanan ini. Pengumuman lebih lanjut mengenai acara itu akan dibuat pada bulan Julai,” kata kenyataan daripada Presiden AFF, Khiev Sameth.
𝑴𝒂𝒓𝒌 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒄𝒂𝒍𝒆𝒏𝒅𝒂𝒓𝒔, the Official Draw for the #AFFSuzukiCup2020 will be held on 𝟭𝟬𝘁𝗵 𝗔𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟭 📅 pic.twitter.com/hRf9J6VN0D
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) June 2, 2021
Mengikut pindaan jadual sebelum ini, kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 sepatutnya diadakan sekitar April hingga Mei 2021.
Namun, AFF menangguhkan pertandingan itu kepada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari disebabkan oleh penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia ditambah pula dengan kesukaran tuan rumah untuk menganjurkan perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Suphanat Mueanta Cipta Sejarah, Jadi Pemain Termuda Jaringkan Dua Gol Untuk Thailand
Penyerang Prolifik Vietnam Mahu Jaringkan 3 Gol Lawan Malaysia
Kiatisuk Senamuang: Laluan Vietnam Lebih Cerah Berbanding Thailand