Penyerang prolifik skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Tien Linh memberi amaran awal kepada semua pasukan dalam kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 apabila beliau menyasarkan untuk menjaringkan lebih 3 gol dalam setiap perlawanan.

Dipetik dalam Bongdaplus, Tien Linh menegaskan pasukannya tidak begitu gentar berdepan lawan kuat seperti UAE dan Malaysia yang kini dibarisi oleh beberapa pemain naturalisasi.

“Semua orang tekad dapatkan keputusan yang bagus untuk Vietnam. Misi saya dan pasukan ialah membantu Vietnam mendapatkan sekurang-kurangnya 4 hingga 6 mata untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

“Malaysia dan UAE mempunyai barisan pemain yang kuat. Mereka turut dibarisi oleh pemain naturalisasi dan beberapa muka baharu yang berkualiti. Tetapi kekuatan terbesar Vietnam ialah kami tidak takut dengan mereka,” katanya.

Kejayaan
Sumber Gambar: Vietnamnet

Tien Linh setakat ini telah menjaringkan 2 gol dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan beliau tekad menjaringkan lebih 3 gol pada perlawanan menentang Indonesia, Malaysia dan UAE.

“Secara peribadi, saya sudah menjaringkan dua gol di pusingan kedua kelayakan. Bilangan gol untuk skuad kebangsaan tidak banyak. Oleh itu, saya menyasarkan untuk menjaringkan lebih banyak gol dan cuba mendapatkan lebih 3 gol dalam satu perlawanan,” tegasnya.

Skuad kendalian Park Hang-seo itu telah pun tiba di Dubai, UAE semalam untuk membiasakan diri dengan keadaan cuaca panas sehingga 43 celsius.

29 pemain telah dibawa termasuk dua tonggak utama yang tidak mempunyai minit permainan pada musim ini dan sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif iaitu Doan Van Hau dan penjaga gol, Dang Van Lam..

Vietnam kini berada di kedudukan teratas dalan kumpulan G dengan 11 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Mereka akan menentang Jordan dalam aksi persahabatan pada 31 Mei.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022.

UAE Beri Amaran Awal, Belasah Jordan 5-1 Dalam Perlawanan Persahabatan

Akira Nishino Kecewa Theerathon Bunmathan Enggan Sarung Jersi Skuad Thailand

Tak Ikut Diet Pemakanan Yang Ditetapkan, Shin Tae-yong Pulas Telinga Pemain Indonesia

Kem Vietnam Resah, Seorang Lagi Pemain Cedera Patah Tulang Kaki

UAE Umum 35 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat, Omar Abdulrahman Tiada Dalam Senarai