Penyerang skuad B-22 tahun Vietnam, Nguyen Tien Linh berpendapat kejayaan yang diraih oleh The Golden Stars boleh memberikan inspirasi terhadap pasukan Asia Tenggara yang lain untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Tahun 2018 dan 2019 menjadi tahun gemilang untuk Vietnam baik dari segi pasukan bawah 23 tahun mahupun pasukan utama.
Skuad bimbingan Park Hang-seo menduduki tangga kedua dalam saingan AFC B-23 Tahun edisi 2018. Kemudiannya, pasukan senior berjaya memenangi trofi Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Malaysia di pentas akhir.
Tahun lalu, skuad B-22 tahun berjaya memenangi pingat emas temasya Sukan SEA 2019 apabila menewaskan pasukan Indonesia pada perlawanan akhir.
“Bola sepak Vietnam telah menunjukkan perkembangan yang baik sejak dua tahun terakhir. Perkara ini bagus untuk bola sepak kami selain menunjukkan bahawa pasukan di rantau Asia Tenggara kini semakin matang.
“Kejayaan yang diraih oleh Vietnam boleh memberikan inspirasi kepada pasukan Asean yang lain bagi bergerak ke hadapan,” kata Tien Linh.
فيديو : هدف #فيتنام يتقدم 1 – 0 على #الامارات … تصفيات #مونديال2022 و #كأس_آسيا2023 pic.twitter.com/jCfDEFVMk4
— قنوات الكاس (@AlkassTVSports) November 14, 2019
Tien Linh menjadi sebahagian dalam skuad yang dibawa Park Hang-seo bagi mengharungi saingan AFC B-23 Tahun yang sedang berlangsung di Thailand ketika ini.
Vietnam akan memulakan saingan menentang pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat.
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:
Vietnam Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Saingan AFC B-23 Tahun
Penjaga Gol Utama Vietnam Bakal Beraksi Dalam J-League Musim Depan?