Sebuah kelab daripada liga divisyen 1 Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo dilaporkan berminat untuk menandatangani penjaga gol utama skuad kebangsaaan Vietnam, Dang Van Lam bagi menghadapi musim baharu.
Menurut laporan daripada The Thao, Consadole Sapporo sedia menebus kontrak Van Lam bersama Muangthong United yang masih berbaki selama 2 tahun.
Beberapa minggu yang lalu, Hokkaido Consadole Sapporo telah membuat tawaran rasmi kepada kelab Hanoi FC untuk membawa pemain terbaik mereka Nguyen Quang Hai ke Sapporo. Namun, tawaran itu telah ditolak oleh Hanoi FC kerana mahu pemain itu kekal bersama mereka.
Walaupun ada 2 orang lagi pemain bawah 22 tahun Vietnam yang menyertai satu sesi ‘Try-out’ seperti yang kami laporkan tempoh hari, berkemungkinan besar 2 pemain tersebut tidak berjaya dalam sesi pemilihan yang dilakukan itu.
Sepanjang bersama Muangthong United, Van Lam telah beraksi dalam 30 perlawanan Liga Thailand dan membantu kelab itu menamatkan saingan di kedudukan ke 5 dengan 46 mata.
Malah, Consadole Sapporo juga kini sedang mencari seorang penterjemah khas bahasa Vietnam-Jepun untuk mengisi jawatan itu mulai Febuari 2020 sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai kemasukan pemain Vietnam.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dari kedua belah pihak berkenaan perkara itu dan mungkin dalam masa terdekat mereka akan membuat pengumuman.
Jika benar Van Lam menyertai Hokkaido Consadole Sapporo, beliau akan menjadi pemain Vietnam kedua bersama kelab itu selepas penyerang Le Cong Vinh beraksi di Sapporo pada musim 2013.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Shin Tae-Yong Tandatangani Kontrak Sebagai Jurulatih Indonesia Selama 4 Tahun
Juara Gulf Of Nations Cup, Bahrain Setuju Menentang Harimau Malaya Dalam Perlawanan Persahabatan