Penyerang skuad B-22 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menampilkan persembahan cemerlang ketika skuad senior Fagiano Okayama menewaskan skuad B-18 tahun dalam satu perlawanan persahabatan.
Hadi menyumbang hatrik dan satu assist dalam kemenangan 4-0 skuad senior Fagiano dalam perlawanan tersebut dimana bekas pemain Johor Darul Ta’zim ini menjaringkan ketiga-tiga gol dan assist beliau pada separuh masa pertama.
Hadi yang memakai jersi bernombor 28 dilihat berjaya membentuk satu gandingan mantap bersama pemain lain di bahagian serangan. Barisan pertahanan skuad B-18 tahun Fagiano juga menghadapi kesukaran bagi mengawal pergerakan pemain berusia 20 tahun itu.
Apa yang perlu dilakukan oleh Hadi ialah mengekalkan momentum semasa agar beliau terus menjadi pilihan bagi menerajui jentera serangan Fagiano khususnya dalam perlawanan J2 musim ini.
Fagiano akan berdepan dengan Machida Zelvia pada Sabtu ini dan mereka memburu kemenangan setelah tewas kepada Gunma dengan keputusan 1-0 minggu lalu.
Baca artikel lain mengenai Hadi Fayyadh di sini:
“Hadi Fayyadh Adalah Salah Satu Aktiviti CSR Kami Di Malaysia Dalam Industri Bola Sepak”
Hadi Fayyadh Teruja Dilantik Secara Rasmi Sebagai Duta Pelancongan Prefektur Okayama
Hadi Fayyadh Jaringkan Gol Pada Perlawanan “Warm Up” Fagiano Okayama