Penyerang Vietnam yang juga merupakan pemain terbaik saingan V.League 2018, Nguyen Van Quyet mendedahkan bahawa beliau pernah menolak tawaran dari sebuah kelab dalam saingan Ligue 2 pada tahun 2012 untuk terus beraksi bersama Hanoi FC.
Kapten pasukan Hanoi FC itu memberitahu VN Express bahawa sekitar tahun 2012, ada kelab dari saingan Ligue 2 yang datang berjumpa secara peribadi dan mahu menggunakan khidmatnya.
Berdasarkan statistik dalam musim 2019 ini, masih ada lagi pasukan-pasukan dari luar yang mahu mendapatkan khidmatnya tetapi beliau mahu terus memberikan sumbangan kepada Hanoi FC apabila bersetuju untuk menyambung kontrak selama 3 musim lagi dengan kelab itu.
Dilaporkan juga dengan kontrak baru Nguyen Van Quyet itu bernilai VND9 bilion atau RM1.6 juta, dan jika diperhatikan nilai tersebut adalah tidak begitu tinggi jika dibandingkan dengan gaji pemain-pemain tempatan di Malaysia sebenarnya.
Antara pencapaian terbaik yang diperolehi musim ini adalah membantu Hanoi FC ke saingan akhir Inter-zone AFC Cup 2019, Juara V.League 2019, Vietnamese Super Cup 2019, dan Vietnamese National Football Cup 2019.
Selain itu, mengikut seorang wartawan bola sepak Jepun, Nguyen Van Quyet juga pernah menolak tawaran dari sebuah kelab Matsumoto Yamaga yang beraksi dalam saingan J2 League.
Artikel berkaitan dengan bola sepak Vietnam dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020
Hanoi FC dan HCMC Jadi Wakil Vietnam Di ASEAN Club Championship 2020