Pasukan Vietnam bimbingan Park Hang-seo telah mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran pasukan dalam temasya AFC B-23 yang akan berlangsung di Thailand pada 8 hingga 26 Januari ini.
Dalam senarai kali ini, Hang-seo memanggil beberapa pemain yang menjadi nadi utama ketika pasukan itu memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 seperti Nguyen Quang Hai dan Ha Duc Chinh.
Here's 🇻🇳 U23 final squad for the #AFCU23 Championships.
⛔ Trần Đình Trọng (injury) & Nhâm Mạnh Dũng miss out.#vietnam #football pic.twitter.com/r1hiVZPCra— Vietnam football (@soccervietnam) January 2, 2020
Akan tetapi, pengendali dari Korea Selatan itu tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan, Doan Van Hau kerana Heerenveen tidak memberi pelepasan terhadap Van Hau untuk beraksi dalam saingan AFC B-23 Tahun.
Menurut Heerenveen, mereka telah memberikan pelepasan untuk Van Hau beraksi dalam temasya Sukan SEA dan mereka tidak sanggup untuk melepaskannya lagi kerana saingan Eredivisie sudahpun memasuki separuh masa kedua.
Pada saingan edisi 2018, Vietnam berjaya mara sehingga ke pentas akhir namun mereka dikecewakan oleh Uzbekistan dimana The Golden Dragons dibolosi ketika perlawanan diheret sehingga ke masa tambahan.
Saingan edisi 2020 menyaksikan Vietnam diundi dalam kumpulan D bersama Korea Utara, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Vietnam di sini:
Consadole Sapporo Tawarkan Gaji RM7,500 Sebagai Penterjemah Bahasa Vietnam Selama 1 Musim
Penjaga Gol Utama Vietnam Bakal Beraksi Dalam J-League Musim Depan?