Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman gantung seumur hidup terhadap 45 pemain Laos setelah didapati terlibat dalam pengaturan perlawanan pada aksi antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Laos (LFF), Kanya Keomany mengesahkan hukuman yang dikenakan oleh FIFA dalam satu sidang media di Stadium Nasional, Vientiane baru-baru ini namun tidak mendedahkan nama 45 pemain yang terbabit.

“Setakat ini ada seramai 45 pemain bola sepak lelaki yang dilarang untuk terlibat dalam aktiviti bola sepak seumur hidup oleh FIFA kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan. Siasatan ini telah dijalankan sejak beberapa tahun terakhir dimana mereka menyiasat pertandingan dalam saingan peringkat antarabangsa ataupun peringkat nasional,” kata Keomany.

Ini bukan kali pertama pemain Laos dikenakan hukuman penggantungan selama seumur hidup dari bola sepak dimana pada 2017, seramai 22 pemain digantung oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan pada 2016 ketika saingan Solidarity Cup yang berlangsung di Malaysia, empat pemain digantung kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan.

Ketika dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, seorang pengguna Twitter iaitu Bobby Brown telah mendedahkan Laos menjadi antara pasukan yang terlibat dalam pengaturan perlawanan dan beliau turut memberikan bukti bagaimana proses mengatur perlawanan dijalankan.

https://twitter.com/RabonaMike/status/1469984208818954240

https://twitter.com/RabonaMike/status/1469200043278311428

Pengaturan perlawanan sememangnya menjadi masalah terbesar yang dihadapi oleh bola sepak Asia Tenggara. Menurut Steve Darby, jurulatih yang mempunyai pengalaman mengendalikan pasukan di beberapa negara seperti Malaysia, Vietnam, Laos dan Singapura, kegagalan pihak kelab membayar gaji pemain menjadi punca utama mengapa pengaturan perlawanan berleluasa di rantau ini.

“Apabila pihak kelab gagal untuk membayar gaji pemain, maka pengatur perlawanan akan mula mengambil alih. Anda tidak dibayar selama tiga bulan, dan anda mempunyai tanggungan dimanan perlu membayar sewa dan menyara keluarga, secara tiba-tiba ada yang menawarkan gaji enam bulan kepada anda untuk mengatur satu perlawanan. Ini menjadi faktor utama mengapa para pemain sanggung berbuat demikian,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Sri Pahang Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Penjaga Gol Dari Mali

Bekas Ketua Polis KL Dipilih Mengetuai Badan Bebas Siasat Kegagalan Harimau Malaya Di Piala Suzuki AFF 2020

Jurulatih Dari Jepun Atau Korea Selatan Jadi Pilihan Kendalikan Pasukan Negara