Permainan video popular FIFA 20 telah dilancarkan pada 27 September lalu oleh EA Sports dan ianya serta-merta menjadi kegilaan ramai khususnya peminat bola sepak di serara dunia. Dalam permainan edisi kali ini, beberapa pemain dari rantau Asia Tenggara berjaya membuat penampilan.
Di sini, kami senaraikan 5 pemain dari rantau Asia Tenggara dengan rating tertinggi.
1. Neil Etheridge – 75
Penjaga gol Cardiff City ini sekali lagi berada di senarai teratas dan beliau mendapat upgrade setelah menampilkan aksi yang memberangsangkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Meskipun menamatkan musim 2018/2019 dengan kutipan clean sheets yang lebih banyak dari David De Gea, namun beliau gagal untuk membantu Cardiff kekal dalam saingan EPL musim ini.
2. Chanathip Songkrasin – 71
Bintang Consadole Sapporo ini diundi sebagai pemain terbaik oleh rakan sepasukan setelah menampilkan prestasi yang baik sepanjang saingan J League musim 2018. Selain itu, Messi Jay turut menjadi pemain Asia Tenggara pertama disenarai dalam Team of the season J League bagi musim 2018.
3. Thitipan Puangchan – 65
Thitipan ketika ini beraksi bersama Club Oita dimana beliau menyertai kelab tersebut secara pinjaman daripada BG Pathum United. Oita dipromosikan ke saingan J1 League musim 2019 setelah menduduki tangga kedua dalam saingan J2 musim lalu.
4. Theerathon Bunmathan – 64
Theerathon turut beraksi dalam saingan J League dimana beliau menyarung jersi Yokohama F. Marinos bagi saingan musim 2019. Theerathon merupakan antara pemain paling berpengalaman dalam skuad kebangsaan Thailand dengan 62 penampilan setakat ini.
5. John-Patrick Strauß – 63
John-Patrick merupakan pemain kacukan Jerman-Filipina dan ketika ini beliau beraksi dalam saingan 2.Bundesliga bersama FC Erzgebirge Aue.
Baca artikel lain mengenai FIFA 20 di sini:
Al Ain FC Kelab Pertama UAE Tampil Dalam Permainan Video FIFA 20